Pagi ini, bumi Sheffield masih basah. Matahari baru sahaja datang. Hujan yang bercucuran datang pada hari-hari yang semalam mungkin sudah segan asyik bertandang. Sesekali bayu bertiup, bunyi-bunyi burung menyambut seruan alam. Warna-warna keceriaan mula terlakar di dada langit. Barangkali burung-burung itu sudah tahu, tatkala hujan dan mendung menghilang, sang pelangi akan datang memberi salam.
Ah, bahasa alam memang puitis.
Sudah lama saya tidak mentadabbur bahasa alam. Bukan tidak mahu, tetapi saya gagal menemukan ruang-ruang waktu yang mampu menghanyutkan saya dalam keindahan panorama alam buana. Saya terpaksa akur dengan peredaran masa yang sungguh radikal. Pagi hingga ke lewat petang fizikal saya tunduk kepada tuntutan terhadap pelajaran. Semakin lama, ia semakin mendesak. Hingga kadangakala saya kehilangan nafas yang panjang.
PMS 2009 is now back!~ at Loch Lomond, Glasgow, UK on 20-26 December 2009
Registration will open very soon!~ However, names can be submitted to sis Erwina Nursyaheera~. Places are LIMITED, so do submit your name to secure a place. So, what are you waiting for? Invite all your friends and fill you winter holiday with the best Winter Gathering ever!~
E-mail at wina_87@yahoo.com
PMS: Perhimpunan Musim Sejuk = Winter Gathering during winter holidays.
“Kak Wani!! Tengok tu!! Cantiknya!! “, jerit kecil anak gadis manis ini sambil menuding jarinya ke arah sesuatu. Dia berdiri tercegat sambil jarinya pantas memetik punat kamera digitalnya. Benar-benar terpesona dengan hamparan alam yang memikat sukma.
Pagi itu, matahari sangat pemurah dengan cahayanya. Arus awan yang berwarna putih salju berarak lembut di dada langit yang luas. Sesekali angin dingin menyapa tubuh , mesra. Di celahan itu, sekawan burung menyanyi riang, menghadiahkan irama klasik yang sungguh menenangkan.
April.
April menyaksikan pesona keindahan warna warni yang menghias hampir ke seluruh bumi Inggeris. Musim bunga mula menjengah. Dan menyinggah. Saat ini, bunga-bunga seakan akan berpesta. Berlumba-lumba menunjukkan keindahan masing-masing. Kuning, merah, jingga , biru dan apa sahaja. Tumbuh mekar . Memanjat, menjalar dan melata.
“Kak, jom ambil gambar sama-sama!”
Lamunan termati.
Saya memandang kea rah dua orang gadis yang gembira ke sana dan ke sini. Merakamkan keindahan alam dengan dengan kamera masing-masing. Sedangkan saya, walaupun kamera ada di tangan, seperti biasa saya lebih banyak mengelamun sendiri.
“Ok! Jom!” saya berlari –lari anak ke arah mereka.
Pada cuti musim bunga yang lepas, saya menerima kunjungan daripada dua orang adik yang pernah menjadi pelajar junior di Kolej MARA Banting pada dua tahun yang lepas. Amilia dan Jannah. Kini mereka menuntut di University of Leeds. Alhamdulilah pada tahun ini saya menerima banyak kunjungan daripada rakan-rakan dan adik-adik dari sekitar UK dan Ireland.
“Kak, cantik kan bunga-bunga tu?” sapa Amilia. Leka dia merenung rimbunan bunga yang saya sendiri tidak tahu apakah nama dan spesiesnya.
“ Cantik,” jawab saya pendek. Saya mendekati bunga-bunga itu. Membongkok dan mengambil posisi yang terbaik saya kira sambil mengacu Samsung L100. Ketika saat jari saya ingin memetik punat snap...
“Kak, perasan tak. Bunga-bunga ni, pokok-pokok , langit, alam ni..cantik sangat kan? Manusia selalu cuba nak rakamkan kecantikan itu melalui kamera dan lukisan. Macam sekarang ni, ramai orang berebut-rebut nak beli kamera canggih-canggih, mahal-mahal sebab kata mereka nak rakam gambar yang terbaik, yang paling berkualiti. Kalau tak ada dslr, kata mereka tak boleh”.
Kata-katanya terhenti seketika. Perlahan lahan dia mengambil nafas lalu menyambung.
“Manusia suka memikirkan benda yang jauh dan selalu lupa benda yang berada di depan mata kan kak? . Macam kamera ni, saya fikir kadang-kadang manusia lupa mereka sebenarnya sudah sedia ada memiliki natural camera yang lebih hebat, yang lebih berkualiti, yang lebih canggih daripada mana-mana kamera kat dunia ni. Sebutlah mana-mana jenama pun,Nikon ke, Sony ke, Canon ke tak akan dapat menandingi kehebatan natural camera tu,”
Saya merenung ke wajah bujur anak gadis kelahiran negeri labu sayung ini. Saya renung matanya dalam-dalam.
“Kamera apa tu ya Amilia?” saya menduga.
“Kamera itu adalah mata kita, kak. Kedua-dua belah mata kita. Ini lah kamera yang paling hebat di dunia , paling mahal dan berharga. Paling tajam fokusnya, paling hebat mega pixelnya. Kamera yang paling sempurna, kak. Paling canggih dan penciptaannya tak akan pernah obsolete selama-lamanya. Tak akan pernah. Tak akan”.
Jeda. Saat itu saya terdiam membeku. Terpaku.
“Hebat kamera tu. Hebat lagi pencipta yang mencipta kamera tu. Betul tak kak?”, suaranya memecah kesunyian yang menyapa.
Hakikat sepasang mata : Antara rahsia dan teka teki.
Angin bersiul-siul riang. Pepohonan yang hijau merimbun rendang. Dengan ramah, ia menyediakan teduhan daripada sinaran suria yang megah memancar. Di sudut-sudut tertentu, bunga-bungaan bergantungan ceria di ranting-ranting yang panjang. Beraneka rupa dan rona. Ada yang berstigma , bertanduk dan berpita. Terkadang, ia ikut menari bersama angin.
Saya mendongak memandang langit biru. Berdiri mematung untuk sekian lama. Untuk seketika, saya tersedar betapa alam ini banyak menyimpan rahsia. Rahsia yang disimpan dalam jantung kehidupan. Rahsia yang menyamarkan dirinya dalam bentuk hikmah dan ‘ibrah.
Maha suci Allah, pada hari itu saya mempelajari sesuatu yang amat berharga tentang kehidupan. Tentang nikmat yang sering dilupakan.
Saban hari kehidupan baru silih berganti. Ia datang umpama sang pagi yang merah merekah. Dan di kesempatan pagi itu, manusia mula bangkit daripada lena. Mereka mencelikkan mata.
Lalu, sehari suntuk lamanya, manusia menggunakan nikmat mata.
Dengan sepasang mata itulah, rutin-rutin harian terus berlangsung seperti hari-hari sebelumnya.
Dengan sepasang mata itulah ia membantu manusia melihat untuk mentafsir dan berfikir.
Dengan sepasang mata itulah ia membantu manusia melihat untuk membaca dan berzikir.
Namun, hidup ini penuh dengan rahsia dan teka teki. Setiap penciptaan oleh Rabbul Jalil menyimpan 1001 hikmah yang kadangkala sukar untuk dimengertikan.
Mata umpamanya. Mata sepatutnya digunakan untuk melihat mahkluk Allah yang lain dengan pandangan kasih sayang. Melihat dunia dengan pandangan zuhud. Melihat amalan soleh dengan pandangan cinta. Melihat maksiat dengan pandangan jijik. Secara tuntasnya mata dibekalkan oleh Allah untuk membantu manusia meraih keredhaan-Nya, keampunan-Nya dan kasih sayang-Nya.Demi untuk mengumpul saham dan menempah tiket ke Syurga Firdausi.
Tetapi hakikatnya hari ini, berapa ramai yang memandang manusia lain dengan pandangan benci? Berapa ramai yang memandang dunia, pangkat dan harta dengan pandangan cinta? Lantas simptom penyakit wahan ini menjadi barah yang amat jahat. Tersangat jahat. Jahat yang menghumbankan manusia ke dalam lubuk neraka yang amat mengerikan.
Jadi, di manakah letaknya pandangan mata? Syurga atau neraka?
“Apa beza antara manusia dan haiwan?,” Tanya Ustaz Mazrul, seperti biasa, bernada tegas.
“Manusia ada akal, boleh fikir. Haiwan tak ada akal, tak boleh fikir,” jawab sekelompok pelajar. Kedengaran teriakan jawapan yang sungguh meyakinkan .
“Oh, bezanya yang paling ketara antara manusia dan haiwan ialah akal?” duga ustaz beranak dua ini.
“Ya!!” balas segolongan besar pelajar.
“Ok, ana bagi contoh. Katakanlah ada seekor lembu ni. Tuan dia bagi 2 jenis makanan. Sebelah kanan, ada rumput yang hijau, bersih dan segar. Di kiri pula, ada rumput yang kuning, kering, kotor dan sungguh tidak menyelerakan. Rasa-rasanya lembu tu pilih rumput yang mana satu?”
“Rumput segar!!” jawab mereka.
“So, sebenarnya lembu ni bolehlah bezakan benda yang baik dengan benda yang kurang baik. Bukan? Pandai pula lembu tu pilih makanan yang baik-baik. Boleh dikatakan lembu ni ada lah akal juga sebenarnya walaupun tak sehebat manusia. Betul tak?” Uji sang ustaz lagi.
Ketika itu, suasana dewan sudah mula hingar bingar. Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri.
“Sebenarnya Rasullulah dah bagi jawapan dah. Tengok ni,” ujarnya sambil jarinya mengunjuk ke arah power point slide.
Maksud bahagian terakhir hadis ke-6, hadis 40 An Nawawi :
Ketahuilah setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak , maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
“Rasullullah dah bagi jawapan bahawa sebenarnya manusia itu menjadi unik dan istimewa kerana manusia ada hati, bukan kerana akal semata-mata. Iman letaknya dalam hati. Dengan hati, manusia mengenal Allah. Dengan hati, menusia memahami ayat Allah. Hati itulah yang menentukan baik buruknya seluruh jasad. Maka, hati adalah komponen yang paling utama dalam penciptaan manusia. Inilah yang membezakan antara manusia dan haiwan!" terang Ustaz Mazrul, penuh bersemangat.
Mata, akal dan hati.
Ketiga-tiganya merupakan ciptaan Allah yang amat berharga. Ketiga -tiga panca indera ini memainkan peranan masing-masing dengan nuansa kehalusan dan kemurnian yang sangat individual dalam kehidupan setiap anak adam. Namun, secebis daging bernama hati itulah menjadi raja yang mengawal pentadbiran sebuah kerajaan bernama jasad.
Ya. Pandangan hati.
Bukan pandangan mata. Bukan pandangan akal.
Jauh sekali pandangan nafsu.
Pandangan mata selalu menipu Pandangan akal selalu tersalah Pandangan nafsu selalu melulu Pandangan hati itu yang hakiki Kalau hati itu bersih.
Setelah hampir 2 tahun setengah saya menjadi pengguna digital camera, beberapa hari yang lepas Allah temukan saya dengan hari yang sudah lama saya nanti-nantikan. Jika pada cuti musim panas ini, ramai sahabat seangkatan menemui teman hidup, saya juga turut didatangi teman yang baru.
Memperkenalkan Canon EOS 450D ! :-)
Hampir setahun saya berkira-kira untuk memiliki digital SLR ( Single lens reflex). Maklumlah saya bukanlah termasuk dalam golongan berhobi mahal dan ekslusif. Tatkala rakan-rakan begitu menggilai dSLR dan sanggup menunggu berjam-jam untuk mendapatkan bid yang terbaik di e-bay, saya hanya meneruskan kegemaran yang baru berputik sejak setahun lepas dengan kamera comel saya, Si Nurul Izzah. Mungkin gambarnya tidak secantik mana, imej tidak setajam mana, angle tidak seseni mana, namun saya puas merakamkan panorama duniawi.
Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan yang membantu saya memilih "rakan baru" saya ini. Antaranya sifu saya, fan_pai yang sungguh berjasa sejak turun temurun, beliau sering membantu saya memilih gadget dan komputer. " To che' sifu!" - sila beri tunjuk ajar!- .
Begitu juga kepada "kawan alam maya" saya yang telah diterjemahkan "ke alam realiti" pada beberapa hari yang lepas. Cik Nurhasanah Mazalan / As yang setia menjadi perisik saya sejak beberapa bulan yang lalu. Ini adalah kali pertama kali saya berjumpa dengan penulis blog nurilahi.blogspot ini setelah saban hari berhubung melalui ruangan komen blog masing-masing dan emel. Kasihan dia, baru first time jumpa dah kena temankan saya dari kedai ke kedai untuk dapatkan dSLR idaman. Lebih kurang macam sifu saya juga ni. dSLR pun sama jenis. huhu. Sila beri tunjuk ajar , aite?
Saat menggunakan kamera kecil saya. Imej tak berapa sharp, tapi nilai estetika tu tetap ada kan? hehe :-)
Dalam tempoh saya menimbang tara untuk memiliki dSLR atau tidak, pernah terlintas di benak fikiran saya bagaimana hobi yang mahal ini mampu dinaikkan nilai ekslusifnya pada pandangan mata hati. Pada pandangan Ilahi.
Alangkah malunya saya jika saya meletakkan nilai esklusifnya hanya pada nilaian mata wang yang menelan ribuan ringgit Malaysia.Alangkah malunya jika nilainya hanya terletak pada kesenian dalam menghasilkan gambar yang berkualiti dan berestetika.
Malu saya terhadap Allah akan berganda saya jika wang yang dilaburkan ini tidak dapat saya manfaatkan untuk melonjakkan iman di hati. Bertambah aib saya jika ia langsung tidak dapat melajukan dakwah , tarbiyah dan Islam.
Ya Allah, jangan kau jadikan pesona dunia ini melalaikan aku daripada mengingatiMu.
Apa khabar ya sahabat sekalian? Harap sihat iman dan tubuh, insyaallah.
Entah mengapa serasa saya sudah lama saya tidak menintakan buah pena. Maha suci Allah, banyak juga peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Namun, setiap sunnatullah yang berlaku pasti mengukir hikmah dan ‘ibrah yang pasti mematangkan manusia. Segala pujian saya panjatkan kepada Allah, alhamdulilah.
………………………………………………………………………………………………………………………….
Rumah Idaman
Subhanallah walhamdulilah wallahuakbar! Insyaalah untuk semester depan saya dan beberapa orang sahabat akhawat akan berganding bahu mengasaskan Rumah Islam (RI) akhawat pertama di Sheffield insyaalah. Cita-cita yang sudah lama saya idam-idamkan sejak dahulu lagi. Tambahan pula, kunjungan saya ke RI akhawat Leeds baru-baru ini benar-benar membakar keinginan untuk membentuk satu bi’ah yang mampu menggerakkan enjin jentera dakwah di lokailiti sendiri.
Oh ya, Rumah Islam yang saya perkatakan ini jangan pula disalah sangka dengan Baitul Muslim. (Lagi pula, saya masih kecetekan ilmu untuk berbicara tentangnya). Mungkin konteksnya lebih kurang, tapi ahlul baitnya tentu sekali berbeza. Jika Baitul Muslim dibina dengan ikatan pernikahan atas objektif menyemarakkan dakwah dan melahirkan zuriat soleh wa musleh, RI pula dibina dengan ikatan hati sama ada sesama ikhwah atau sesama akhawat demi membina kekuatan fardiyah dan ukhuwwah yang berteraskan nilai Islami. Namun, saya percaya bahawa objektif yang paling kritikal dan bersifat jangka masa panjang adalah untuk membina kader-kader Islam yang bakal membawa obor dakwah dan tarbiyah ke serata pelusuk alam. Allahuakbar!
Saya teringat seseorang yang amat saya hormati pernah menyampaikan nasihat,
“Apabila para du’at tinggal serumah banyak perkara dan kerja dakwah dapat dilaksanakan dengan sempurna. Suasana dan Bi’ah solehah dapat diwujudkan. Solat berjamaah, Tazkeerah selepas solat. Hafazan bersama, makan bersama, riadah bersama, qiayyam bersama, iftar bersama dan segala macam aktiviti dapat dirancang dan mad’u juga dapat dibentuk dan digilap sebaik mungkin.
Saya sedar membina RI bukan semudah memasang impian dan angan-angan. Contohnya,
” Oh, di RI nanti, kami akan sentiasa bersolat jemaah,”
“Oh, di RI nanti, kami akan selalu qiyam bersama,”
“Oh, di RI nanti, kami akan kerap membedah buku tarbiyah”
“Oh, di RI nanti, kami akan itu…Oh di RI nanti, kami akan ini..,”
Merancang memang mudah, namun pelaksanaanya pasti menelan pengorbanan. Apatah lagi dalam konteks pembinaan RI ini, saya sering tertanya-tanya adakah saya benar-benar mampu menggalas misi pembentukan diri sendiri dan ahli rumah. Atau adakah saya sekadar menghidap simptom “hangat-hangat tahi ayam?”
Seperti pelajar atau pekerja di awal tahun, banyak azam dan resolusi yang dipasang. Penuh bersemangat. Planner penuh dengan strategi ,”things to do” atau “things to achieve”. Namun, terkadang perancangan yang disusun manusia tidak semestinya akan disusuli dengan pelaksanaan yang sempurna.
Sekali lagi, saya teringat pesanan seorang murabbiah, katanya:
“Elemen utama dalam pembentukan RI ini adalah individu yang menghiasinya. Semua yang menghuni RI harus sedar yang mereka sedang berjihad dalam membentuk suasana kondusif untuk beramal secara jamaie . Dengan kesedaran ini, setiap individu dalam RI harus FAHAM akan objektif utama, berbincang dan berusaha secara konsisten untuk mencapai objektif tersebut. Namun, sekiranya ada anggotanya yang tidak faham, sudah pastilah usaha pembentukan suasana hasanah ini mengalami kesulitan dan mungkin boleh mencacatkan keberhasilannya.”
Pesanan ini sudah cukup meninggalkan bekas di hati saya.
Saya pernah bermonolog sendirian, adakah diri saya sendiri sudah benar-benar faham matlamat RI yang sebenar dan mempersiapkan diri untuk mengemudi diri sendiri dan ahli rumah mencapai objektif ?Saya sendiri kadangkala takut untuk memikirkan persoalan ini.
Wah, tiba-tiba coretan saya berbaur serius. Huhu. Asalnya mahu berkongsi sedikit cerita yang meriangkan hati saya hari ini. Sekarang ini, saya dan bakal housemates dalam mood mempersiapkan rumah baru. Nama teratak kami juga masih dalam perbincangan. Ada cadangan? Sudi-sudilah khabarkan kepada saya.
Hmm.. alhamdulilah buku-buku untuk perpustakaan mini kami sudah mula dibeli. Kami beruntung apabila rumah baru kami nanti mempunyai bilik kecil untuk menempatkan perpustakaan mini untuk keperluan tarbiyah.
Pagi tadi sahaja hampir 70 pounds habis untuk buku-buku sahaja. Ini tidak termasuk lagi buku-buku tarbiyah warisan Kak Nik Mun. huhu. Tak apalah, pelaburan saham akhirat insyalah.
Hasil "tangkapan" kami di Kedai Buku Bab-e- Islam pagi tadi. Hampir 70 pounds habis dalam jangka masa sejam. Beginilah jadinya jika sudah "gila buku".
Untuk sahabat di luar sana, mohon usaha ini dipemudahkan ya!.
Kita melalui fasa berbeza dlm kehidupan, mulanya di alam roh, membuat janji padaNYA Dan kini kita khalifah dan hambaNYA didunia, Suatu hari nanti,... sebelum kita menempuh alam abadi, Mati itu perlu kita lalui, Dan, Yang akan di bawa hanyalah TIGA perkara!
Namun, Kita perlu ingatkan diri sendiri ada perhitungan yang akan di lalui, Soal diri kita,..... cukupkah bekalan yang kita kumpulkan? cukupkah bekalan yang kita bawa? atau... adakah bekalan yg dikumpulkan umpama buih-buih dilautan? tak takutkan kita pada hari perhitungan itu? Di barisan keberapa kah kita? mampukah kita menghadapinya?
saat itu, sesalan tiada gunanya.... Namun, apa yang pasti saat ini, kita masih dipinjamkan nyawa, ingatkan diri kita agar persiapkan diri,.. jangan biarkan diri kita islam pada nama... jangan biarkan diri kita hanya 'muslim biasa' kejarkan untuk menjadi 'muslim istimewa' agar kelak di hari perhitungan kita berada dibarisan yang 'istimewa'
Mengimbau kembali ceramah yang disampaikan oleh Prof Dr Latiff pd mlm 16April yg lalu, sungguh berkesan di hati. Terasa meremang bulu roma apabila mendengar peringatan2 yg disampaikan, sungguh tidak pernah pemikiranku mencapai ke tahap sedemikian sebelum ini, namun Alhamdulilah Allah berikan jua ilmu tersebut hingga sampai ke pengetahuanku yg naïf ini. Sungguh, hebat benar semangat pejuang2 Palestin di Gaza, mereka kuat kerana mereka yakin dgn pertolongan Allah dan ganjaranNya.
Prof Dr Latif memulakan ceramah beliau dgn memperkenalkan latar belakang dirinya. Beliau memulakan pengajian perubatannya (cardiology) di UKM, kemudian meneruskan pengajian keperingkat yang lebih tinggi di UK. Dia sememangnya seorang yang aktif dalam kerja-kerja dakwah dan kebajikan. Pernah juga memegang jawatan sebagai Ameer bagi Majlis Syura Muslimun (MSM)
Memulakan intipati ceramah beliau, 3 pertanyaan utama menurutnya yang harus diketahui oleh setiap manusia untuk membezakan antara Islam dan Jahiliyah iaitu:-
· Dari mana asalnya/munculnya kita?
· Mengapa kita berada di sini? /Apakah tujuan kewujudan kita?
·Apakah yang akan terjadi selepas kematian?
Jawapan persoalan pertama, kita sedia maklum seperti yg telah Allah nyatakan dlm Al-Quran, manusia berasal daripd air yang hina. Sebelum roh dimasukkan ke dalam jasad, kita telahpun berjanji kepada Allah swt bahawa kita akan menyembahnya dan mentaati perintahnya, dan kemudian itu Allah memasukkan roh ke dalam jasad, maka jadilah kita makhluk Allah yang berjanji untuk menjadi khalifah di muka bumi. Usahlah tertipu dgn teori2 kafir laknatullah yang menegaskan teori Darwin adalah bukti penciptaan manusia, yakni manusia berasal dari keturunan beruk satu ketika dahulu. Sungguh, mereka telah meresapkan teori evolusi ini ke dalam modul2 jurusan perubatan untuk menjadikan misi memesongkan akidah umat Islam terlaksana.
Persoalan kedua terbahagi kepada 2 level, yang pertama dari aspek individu, kita dijadikan Allah sebagai khalifah dan hamba Allah yang seharusnya menurut segala perintah Allah dan menunaikan janji kita kepadaNya spt menunaikan solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat, menunaikan haji di Mekah bg yang mampu. Yang kedua adalah dari aspek ummah, kita seharusnya menjadi ummat yang terbaik, seimbang dan menjadi pengaruh yang besar dalam mencorakkan kehidupan manusia di dunia. Cthnya, apa jua bidang dan aspek kehidupan, kesemuanya seharusnya adalah menurut langkah dan cara yg disyorkan oleh Islam. Jika dilihat pada masa kini, org2 Barat juga telah menyedari makanan halal menjadi tumpuan utama umat Islam yg merupakan sebahagian besar penduduk bumi, lantas mereka juga berlumba-lumba untuk menukarkan teknik penjualan makanan kepada makanan yang halal. Ini kerana mereka sedar dgn cara ini, mereka akan dapat meneruskan perniagaan dan mendapat keuntungan. Inilah yg seharunya kita lakukan agar corak kehidupan umat Islam menjadi pengaruh utama kehidupan manusia sejagat. Selain makanan, sektor2 lain seperti system kekeluargaan, system kewangan, system jual beli dalam perniagaan dan sbgnya seharusnyalah turut dimonopoli oleh umat Islam sehingga kita berjaya mencapai Ustaziyatul Alam sebagaimana yang telah kita capai suatu masa dahulu.
Persoalan ketiga seharusnya amat jelas bagi setiap umat Islam, yang mana selepas kematian kita tahu adanya alam barzakh, perhimpunan di Padang Mahsyar, hisab dan balasan Allah, iaitu syurga atau neraka jahannam. Pilihan adalah ditangan setiap individu, sama ada mahukan syurga atau neraka, tiada perantaraan. Sungguh, andai syurga itu dapat dilihat, pasti tiada siapa yang mahukan dunia ini, begitu juga dgn dahsyatnya neraka, pasti tiada siapa yang berani meninggalkan perintahNya. Prof Dr Latiff menekankan, agar kita sentiasa berdoa kpd Allah supaya diberikan ganjaran syurga firdaus, syurga yang paling hebat, bersama tempat para nabi, rasul dan para anbiya. Janganlah sekadar bermohon agar dapat masuk syurga sahaja, setakat cukup makan bak kata orang. Sedangkan kita tahu fitrah manusia, pasti kita mahukan yang terbaik.
Contoh yg diberikan oleh Prof adalah perbezaan yg nyata apabila kita menaiki kapal terbang MAS untuk kembali ke Malaysia dari UK, kelas ekonomi berbanding kelas business yg sudah jelas berkali2 ganda harganya. Sungguh, pengalaman kelas business tidaklah sama dgn kelas biasa, dgn kerusi yang besar dan selesa (boleh tidur dgn selesa utk perjalanan jauh), layanan yang mesra, makanan yg sangat sedap dan tak putus-putus dihidang, panggilan nama kita yg sudah semestinya dihafal oleh pramugara/pramugari, toilet yg sentiasa wangi dan byk lagi, itulah hebatnya layanan business class berbanding kelas ekonomi yang pastinya semua sudah sedia maklum (termasuk sy sendiri yg setakat ini cuma mampu naik kelas ekonomi). Nah, pilihan di tangan sendiri. Justeru itu, utk mendapatkan keistimewaan ini, kita juga haruslah menjadi individu Muslim yang istimewa atau SpecialMuslim. Kalau sekadar menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah dengan hanya beribadat kepadanya siang dan malam (i.e. solat, puasa, keluarkan zakat, etc semata-mata), kita masih lagi belum dikategorikan special Muslim itu, apalagi untuk meraih Syurga Firdaus. Kita harus bekerja keras, yakni bersungguh-sungguh dalam dakwah di jalan Allah. ‘Work extra hard, harder than the ordinary Muslim’, tegas Prof Latiff.
Kejayaan adalah di tangan orang2 beriman. Janganlah kita leka dan asyik melakukan perkara yang hanya membuang masa semata-mata. Live up to the expectation of Allah swt. Be the best of Ummah!
Setakat ini dahulu dpt saya sampaikan 1/3 daripada intipati ceramah Prof Dr Latiff. Mungkin part seterusnya boleh sesiapa yg dgr ceramah tlg sampaikan pula ye. Semoga kita mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah swt. Jazakallah ul khairan. (Sorry la yer, bunyi macam buat technical paper jer, pengaruh engineering kuat sgt, eheeee, takper nnt practice lagi)
Jom kita tanya diri kita sendiri mahukah kita menjadi Muslim special atau Muslim Istimewa?
“Apa Muslim special tu? Sekarang ni bukan ker dah Muslim, cukup lah tu. Ko ingat ko ni taraf apa alim ulamak ker nk jadik Muslim special plak?”
Itulah dialog di sudut hati kita. Atau mungkin juga ayat-ayat cinta dari setan laknatullah yang cuba mengoyahkan niat baik kita.
Teringat ceramah Prof Dr Latiff malam semalam, hebat ceramah beliau. Bukan setakat pengisian pengalaman beliau di bumi suci Palestin tapi juga pengisian rohani yang cukup berkesan dan berbekas. Semoga kesan itu tak akan hilang, biar subur sentiasa hendak-Nya.
Antara pengisian yang cukup berbekas dari beliau:
“Menjadi Muslim special di sini ialah menjadi di kalangan orang-orang yang terpilih untuk masuk segera ke syurga tanpa perlu dihitung dan ditimbang di neraca penimbangan amal baik buruk kita. Bilakah hari itu? Di hari perhitungan nanti. Suatu hari yang Allah dah janjikan, yang pasti akan berlaku. Ya Allah…
Mampukah kita menunggu giliran penimbangan amalan kita di padang masyar yang matahari pada hari itu hanya jarak nya sejengkal dari kepala kita? Sanggupkah kita berenang dalam air peluh kita sendiri bahana panas yang membahang itu? Sedangkan panas di dunia pun kita dah bising-bising. Pada hari itu tanpa seurat benang di tubuh kita. Masing-masing pun tak sempat nak pandang sesama sendiri, kerana ketika itu semua nya sibuk memikirkan nasib sendiri. Menunggu angka giliran yang entah ke berapa nombor panggilan nya? Entah berbillion-billion angkanya”.
Ya Allah!! Terkedu….
Mampukah kita menjadi Muslim special itu?
Cukupkah sekadar solat 5 waktu sehari semalam sahaja? Cukupkah sekadar puasa di bulan Ramadhan sahaja?
Cukupkah sekadar berzakat setahun sekali sahaja?
Cukupkah sekadar melakukan haji & umrah sahaja? Jika baik diri kita, cukup berbaktikah kita pada orang tua kita? Jika banyak amalan kita, riak kah kita? Jika rajin menderma dan beramal jariah, ikhlas kah kita? Jika berilmu, beramalkah kita? Jika Islam, berdakwahkah kita?
Ya Allah besar nya tanggungjawab kami hamba-hambaMu yang hina ini!!
Himpunan dosa ku itu banyak bergunung-gunung. Tak tahu bila mampu menggondolkannya. Ya Allah, doa dipohon moga diri, keluarga, kaum kerabat dan sahabat handai semua berjaya menjadi golongan Muslim special ini, ditempatkan di Jannatul Firdaus, syurga tertinggi milik para Nabi-Nabi, para sahabat, ulamak dan anbiyaa. Memang diri ini terasa sangat lemah, hanya Doa mampu dipanjat!! Ya Allah ampuni segala dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil kami! Teguhkah iman kami, jangan lah Engkau bolak-balik kan hati kami dari jalan-Mu, dan jangan lah Engkau putuskan cahaya hidayah-Mu dari kami semua…Ameeen.
Ketuk-ketuk pintu hati, Ku toleh kanan ku toleh kiri, Ku pandang depan, Ku pandang belakang, Semuanya lengkap semuanya ada, Tapi, kenapa hatiku terasa sunyi?
Ketuk-ketuk pintu hati, Aku mula membuat kerja, Ku ketuk papan kekunci, Ku renung monitor, Tapi, kenapa hatiku terasa sunyi?
Ketuk-ketuk pintu hati, Sore hilang malam bertamu, Azan maghrib berkumandang di komputer, Ku tunai solat lima waktu, Aku berzikir, Aku mengaji, Tapi, kenapa hatiku terasa sunyi?
Ketuk-ketuk pintu hati, Kini sudah pukul 3 pagi, Aku bangkit untuk sambung kerja, Biar dulu... kata hati, Allah melihat, menunggu kamu.. Pentingkan Dia yang paling utama, Ku ambil wuduk, Ku solat malam, Ku bersujud dan berdoa, Astaghfirullah. . Astaghfirullah. . Ampunilah aku Ya Allah.. Ampunilah aku Ya Rahman.. Kembalikanlah hatiku Ya Rahim..
Ketuk-ketuk pintu hati, Tetamu yang hilang telah kembali.. Ketenangan menjengah kalbu.. Iman berbunga kembali.. Ya Allah, Ya Ar Rahman, Ya Ar Rahim... Engkaulah Rabbku.. Aku sangat mencintaiMU!
Dalam hidup ini ada pasang surutnya, suatu ketika dulu aku cukup tidak bersedia utk menghadapi saat surutnya..... saat getirnya menghadapi dugaanNYA, Aku cukup tidak puas hati, terlalu menyalahkan DIA kataku DIA tak menghargai akan usahaku Namun DIA maha adil maha mendengar rintihan hambanya, Di berikan untuk hambanya ini satu peluang, satu kegembiraan Diberikan aku satu kepuasan.... Namun adakah aku menghargai pemberianNYA??? itulah memori zaman jahiliahku
Hari ni, saat getir ku tiba lagi.... namun penerimaanku cukup berbeza Aku cukup bertuah dikelilingi sahabat yg sentiasa mengingatkan aku.... kenapa dugaan dari DIA datang lagi.... adakah DIA telah melupakan aku?? atau aku yang melupakan kesenangan yang diberikan olehNYA?
Namun, Hari ini aku lebih reda, aku tahu aku diduga kerana DIA sayangkan aku, mahukan aku memahami kenapa aku dipilih menjadi khalifah dunia... Hari ni baru aku merasakan benar-benarnya jatuh cinta, kasih akan DIA DIA sahaja yg sentiasa mendengar rintihanku, mendengar aduanku, mendengarkan tangisanku, Kini aku sangat pasti DIAlah KEKASIH hatiku kasih dan cintaku hanya padaNYA dapatku rasakan hadirnya DIA betapa manisnya saat itu
Tapi, cukupkah hanya lafaz kasih itu? Adakah lafaz itu hanya sementara? aku harus terus belajar bagaimana utk membuktikan kasihku padaNYA wahai teman bantulah aku ada janji yang perlu aku lunaskan harus ku tunaikan janjiku padaNYA..... kerna DIA kasih dan cinta hatiku
Amir ibn Abdullah bin Al-Jarrah atau lebih dikenali dengan Abu Ubaidah bin Al-Jarrah adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. yang telah dijanjikan syurga menurut riwayat hadis Imam At-Tirmidzie. Beliau dilahirkan di Kota Mekah Al-Mukarramah pada tahun 583M dan meninggal dunia di Jabiya,Syria pada umur 56 tahun. Abu Ubaidah berketurunan Banu Al-Harith, antara keturunan yang dihormati oleh kaum Quraisy.
Diketahui bahawa, Abu Ubaidah mempunyai 2 orang isteri. Isteri pertama, Hint binti Jabar dan isteri kedua dikenali sebagai Waria. Melalui perkahwinan beliau dengan isteri pertama, beliau mempunyai dua anak lelaki iaitu Yazid dan Ubaidah manakala dengan isteri kedua, seorang anak lelaki, Umair. Walaubagaimanapun, direkodkan bahawa ketiga-tiga anak lelaki beliau meninggal semasa kecil dan tiada sebarang maklumat yang menceritakan tentang anak perempuan beliau.
Abu Ubaidah adalah seorang yang berperawakan tinggi, berwibawa, merendah diri dan sangat pemalu. Di kalangan para sahabat, beliau bersifat lembut selembut sutera manakala di medan perang, tegas/keras seperti besi. Sebelum memeluk Islam, beliau seorang yang dihormati oleh kaum Quraisy. Abdullah bin Umar RA pernah berkata ‘di antara semua puak kaum Quraisy, terdapat 3 org yg peribadi dan sifat rendah dirinya menonjol berbanding yg lain. Selain itu, mereka juga dianugerahkan kepetahan dan kelembutan bila berbicara. Jika manusia memandang mereka, semestinya mereka berharap akan terus dapat memandang wajah mereka tanpa berpaling. 3 org t’sebut adalah Saidina Abu Bakr As-Siddiq RA, Saidina Uthman bin Affan RA dan Saidina Abu Ubaidah bin Al-Jarrah RA.Beliau memeluk Islam sehari selepas keislaman Abu Bakr As-Siddiq RA bersama-sama dengan Abdurrahman bin Auf, Usman bin Mazun dan Arqom bin Abil Arqam.
Orang Kepercayaan Umat
Abu Ubaidah juga dikenali dengan kegagahan dan kejujurannya, dimana Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan,dan kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin Jarrah.” Selain itu, kisah kedatangan satu delegasi Kristian meminta pertolongan daripada Rasulullah S.A.W mengukuhkan lagi gelaran beliau. Di dalam kisah ini, selepas mendengar permintaan delegasi kristian itu, Rasulullah saw. bersabda kepada mereka, “Datanglah ke sini petang nanti, saya akan kirimkan bersama kamu seorang yang ‘gagah dan jujur’.” Dalam kaitan ini, Umar bin Al-Khatab RA mengatakan, “Saya berangkat mahu solat Zuhur agak cepat, sama sekali bukan kerana ingin dilantik sebagai delegasi, tetapi kerana memang saya senang pergi solat di awal waktu. Setelah Rasulullah selesai mengimami solat Zuhur bersama kami, beliau melihat ke kiri dan ke kanan. Saya sengaja meninggikan kepala saya agar baginda melihat saya, namun baginda masih terus membalik-balik pandangannya kepada kami. Akhirnya beliau melihat Abu Ubaidah bin Jarah, lalu baginda memanggilnya sambil bersabada, ‘Pergilah bersama mereka, selesaikanlah kasus yang menjadi perselisihan di antara mereka dengan adil.’ Lalu Abu Ubaidah pun berangkat bersama mereka.”
Sumbangan
Abu Ubaidah sempat menyertai semua peperangan bersama Rasulullah SAW, dimana di dalam perang Badar, beliau terpaksa berhadapan dan membunuh ayahnya sendiri. Berikutan dengan peristiwa ini, ayat 22, Surah A-Mujadillah telah diturunkan yang bermaksud,
“Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.” (58:22)
Manakala di dalam perang Uhud, beliau sentiasa mendampingi dan menjaga keselamatan Rasulullah SAW daripada ancaman musuh. Beliau juga hilang dua giginya untuk mencabut rantai besi penutup kepala yang terkena di pipi baginda.
Abu Ubaidah adalah salah seorang calon khalifah pada Zaman Khulafa Ar-Rasyidin tetapi ditolak baik oleh beliau seperti dalam kisah Umar bin Al-Khattab pada hari Saqifah. Umar bin Al-Khattab RA mengatakan kepada Abu Ubaidah bin Jarah, "Hulurkan tanganmu! Agar saya baiat kamu, karena saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Sungguh dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur. Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah.' Lalu Abu Ubaidah menjawab, “Saya tidak mungkin berani mendahului orang yang dipercayai oleh Rasulullah SAW menjadi imam kita di waktu solat (Saidina Abu Bakar as-Shiddiq ra),oleh sebab itu kita harus membuatnya jadi imam sepeninggalan Rasulullah SAW.” Selepas perlantikan Saidina Abu Bakr As-Siddiq RA, beliau sentiasa membantu, memberi nasihat dan menyokong keputusan Khalifah Ar-Rasyidin yang pertama itu.
Kemudian, pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al-Khattab RA, beliau dilantik sebagai panglima perang dan membantu meluaskan empayar Islam sehingga ke Levant (Syria, Jordan, Lebonan, Israel, Palestin dan Selatan Turki) bersama dengan Khalid bin Al-Walid.
Pesanan Terakhir
Abu Ubaidah meninggal dunia disebabkan penyakit taun yang melanda Syria pada waktu itu. Sebelum itu, Khalifah Umar bin Al-Khattab RA telah mengirim surat untuk memanggil kembali Abu Ubaidah dengan tujuan untuk menyelamatkan beliau dari wabak tersebut. Namun Abu Ubaidah menyatakan keberatannya sesuai dengan isi surat yang dikirimkannya yang berbunyi, “Wahai Amirul Mukminin! Sebenarnya saya tahu, kalau kamu memerlukan saya, akan tetapi seperti kamu ketahui saya sedang berada di tengah-tengah saudara muslimin. Saya tidak ingin menyelamatkan diri sendiri dari musibah yang menimpa mereka dan saya tidak ingin berpisah dari mereka sampai Allah sendiri menetapkan keputusannya terhadap saya dan mereka. Oleh sebab itu, sesampainya surat saya ini, tolonglah saya dibebaskan dari rencana baginda dan izinkanlah saya tinggal di sini.” Setelah Khalifah Umar RA membaca surat itu, dia menangis, sehingga para hadirin bertanya, “Apakah Abu Ubaidah sudah meninggal?” Umar menjawabnya, “Belum, akan tetapi kematiannya sudah di ambang pintu.”
Disaat kematiannya, beliau sempat berpesan kepada tentera-tenteranya, “Saya pesankan kepada kalian sebuah pesan, jika kalian terima, kalian akan baik,
1)Dirikanlah solat, 2)Bayar zakat, 3)Puasalah bulan Ramadan, 4)Berdermalah, 5)Tunaikan ibadah haji dan umrah, 6)Saling nasihat menasihatilah kalian, 7)Sampaikanlah nasihat kepada pimpinan kalian, 8)Jangan suka menipunya, 9)Janganlah kalian terpesona dengan keduniaan, karena betapapun seorang melakukan seribu upaya, dia pasti akan menemukan kematiannya seperti saya ini. Sungguh Allah telah menetapkan kematian untuk setiap manusia, oleh sebab itu semua mereka pasti akan mati. Orang yang paling beruntung adalah orang yang paling taat kepada Allah dan paling banyak bekalnya untuk akhirat…
Assalamualaikum warahmatullah.” Kemudian, beliau melihat kepada Muaz bin Jabal r.a. dan mengatakan, “Ya Muaz! Imamilah solat mereka.”
Best ke tidur? Kenapa kita tidur? Apa yang kita dapat bila lepas bangun dr tidur?
Antara sebab2 kita tidur:
Kita tidur sebab nak berehat dr penat buat kerja sepanjang hari.
Sebab dah boring tak tahu nak buat apa
Sebab org lain tidur...waktu malam... kang kita berjaga sorang2... takut pulak rasa.
Sebab dah terbiasa mesti tidur satu hari cukup... kalau tak cukup haruslah jadi tak tentu arah keesokan hari
Frust or stress or tension... so dgn tido dapat la at least kurangkan masalah...
Dan banyak sebab2 lain lagi
bila di kaji, kalau kita tidur8 jam sehari, bererti, dalam 30 hari sebulan, sebanyak 10 hari di peruntukkan utk tidur. pernah kira tak? maknanya, kalau kita hidup di dunia ni selama 60 tahun, 20 tahun drpd umur kita habis utk tidur sahaja. Ya Allah... lama tu... tidur... aje...
tapi apakah nikmat tidur yang kita inginkan kan tu tercapai? dapat rehat ke? rasanya, bila umur makin meningkat ni... walaupun dah tidur cukup, tapi masih la bila bangun tidur tu sakit2 badan dan sengal2 belakang. kalau ada yang nak hilangkan problem dgn tidur... bila kita bangun tidur... terus perkara pertama yang kita fikirkan ialah masalah tersebut... cemana nak solve n kalau lah takde problem ni... kan senang hidup kita....
ha... itu baru tidur malam... belum campur tidur kejap2 di sepanjang hari... kalau campur2 yang tidur2 kejap tu... rasa2 nya... memang habis masa kita kat dunia ni dgn tidur.
Jadi? bila masanya kita nak carik ilmu? baca buku dan sebarkan ilmu? bersilaturrahim, berdakwah, amal maaruf nahi munkar. banyak tanggungjawab kita di muka bumi Allah ni. Apa yang kita dah buat? kalau masa kita banyak di habiskan dgn tidur? Apa kita nak jawab dengan Allah di padang mahsyar nanti?
Oleh itu wahai sahabat... kurangkan lah sedikit masa tidurmu... semoga dengan sedikitnya tidur kita di dunia, akan menjadi tiket untuk kita tidur dgn aman di alam barzakh nanti.... kalau kita banyak tidur di dunia... tak tahu samada kita boleh tidur di kubur dgn lena atau tidak kerana sedikit nye amalan... nauzubillah...
imarahkan lah malam mu dgn tangisan dan basahkan lah muka mu dgn wudhuk. sesungguhnya solat qiyamullail di malam hari menguatkan rohani dan mendekatkan diri kepada Allah.
Catatan Fauziah Toha yang tgh pening sbb over slept :(
Hingga hari ini, saya masih merasai kepenatan yang terkumpul sejak beberapa minggu yang lalu.
Namun, ada sesuatu yang membuatkan rasa kepenatan itu hilang serta merta. Lantas saya tersenyum sendiri.
Mengenangkan hari-hari yang berlalu bersama-sama kanak-kanak Sekolah Melayu Sheffield, ia amat menggamit perasaan. Tidak dinafikan, agak memenatkan untuk meladeni kerenah anak-anak yang pelbagai ragam. Kadangkala ada juga timbul rasa geram dengan kenakalan mereka. Namun bak kata orang, senakal mana pun mereka,anak-anak inilah yang akan membuat kita tersenyum sendiri tatkala mengenangkan telatah mereka.
Hampir dua bulan saya bersama-sama dengan kanak-kanak ini . Pastinya, ia banyak mengajar saya tentang erti pengorbanan.
Pengorbanan ibu, ayah, dan guru.
Bagi golongan ibu dan ayah, bukan mudah untuk membesarkan anak-anak.
Bagi golongan guru, bukan senang untuk mendidik murid-murid.
Namun, ironinya..bukan mudah juga golongan anak-anak mahupun murid-murid untuk memahami pengorbanan dan kasih sayang ibu, ayah dan guru-guru.
Saya masih ingat, ketika mula-mula saya berdampingan dengan kanak-kanak ini, saya perlu mengajar mereka membaca sebelum menyanyi dan menghafal lirik lagu Desa Tercinta (Nora). Ada antara mereka belum mahir membaca, lebih-lebih lagi membaca dalam bahasa Melayu. Maklumlah, sudah bertahun berada di bumi Inggeris, cakap orang putihnya sahaja lebih advance daripada bahasa ibundanya sendiri.
Hampir sebulan setengah pertama, saya melatih kanak-kanak ini seorang diri tanpa kehadiran pembantu kerana memberi laluan kepada mereka untuk fokus kepada peperiksaan mereka. Hari pertama, saya memang tidak dapat menyembunyikan debaran yang berdegup dalam dada. Saya sendiri tidak pasti mengapa.
Terus terang saya katakan, minggu pertama adalah minggu yang paling sukar bagi saya. Saya perlu menghafal nama mereka. Saya perlu mengikut rentak mereka sebelum “menjinakkan” mereka. Saya perlu itu..Saya perlu ini…
Namun, dalam proses mengajar dan melatih mereka, saya menemukan pelbagai pengalaman yang benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam. Jujurnya, saya suka mencedok ‘ibrah daripada pengalaman yang singgah bersanggar dalam episod kehidupan peribadi saya.
“Eh..tak boleh lah cikgu! Atuk dah tua! Atuk tak boleh main-main!” bidas anak kecil ini. Bersungguh-sungguh menggeleng-gelengkan kepala.
Hm..alamak..sudah!..getus hati saya.
“Ok..Ok..atuk tak nakal..atuk baik,” saya membetulkan “fakta”.
“Atuk..atuk…hm…Hah! Cikgu tahu! Mesti atuk buat bising kat rumah, sebab tu nenek jeling atuk!,” saya cuba menembak, mudah-mudahan “tembakan” kali ini mengenai sasaran.
“Oh…atuk buat bising eh cikgu? Patutlah nenek jeling..,” kepala diangguk-angguk, tanDa puas hati dengan jawapan “tembakan” saya.
Beberapa potongan ringkas perbualan antara saya dengan kanak-kanak ini membawa saya mengimbau kembali satu lagi cerita yang amat menyayat hati. Cerita ini saya dengari ketika saya berumur 17 tahun.
Yang paling istimewa, cerita ini dikisahkan oleh seorang tokoh yang amat saya hormati dan kasihi, Allahyarham Pak Man. Beliau merupkan pakar motivasi yang pernah mencurahkan bakti dan keringat menyedarkan saya dan kawan-kawan (ketika itu sedang bersiap-siap menghadapi SPM di MRSM Serting, Negeri Sembilan) betapa besarnya pengorbanan ayah dan ibu membesarkan anak-anak.
Jangankan pengorbanan wang ringgit dan keringat, untuk melayani kerenah kita semasa kecil sudah cukup menguji kesabaran mereka!!
Saya tidak akan lupa kisah ini.
Kisah seorang ayah, anak dan seekor burung.
Buat bonda Mah Binti Ab Majid dan ayahanda, Othman Bin Dirim..
Sungguhpun kalian tidak membaca tulisan ini, terimalah ucapan kasih dan sayang daripada anakandamu ini. Terima kasih kerana melahir dan membesarkan diri ini dengan tabah sejak 22 tahun yang lalu. Moga Allah mengganjari pengorbanan kalian berdua dengan kasih sayang dan syurga-Nya.
Pada suatu malam, bertempat di sebuah dorm Dedikasi, aspura Sekolah Menengah Kebangsaan X.
“Aku bengang betullah dengan seorang senior ni, Dol. Tension betul!,” bentak Leman. Turun naik nafasnya menahan marah.
“Apa hal beb? Rilek la..apa tension-tension ni..cool..cool,” jawab Dol tenang, sambil mengeluarkan kepulan asap daripada rongga hidungnya.
“Aku tak puas hati lah kat mamat ni. Dahlah rampas CD Metallica favourite aku, koleksi sepanjang hayat aku tu Dol! Tapi yang buat aku angin satu badan ni,dia siap fire aku dengan ceramah agama dia. Kalau cakap baik-baik, aku boleh tahan lagi. Ni, siap sindir kaw-kaw kat aku, huh!” Leman merengus kasar. Panas betul hatinya.
“Dia cakap apa beb? ” tanya Dol seraya mencapai mangkuk plastik biru, milik Dewan Selera di hujung katil. Lalu sisa puntung rokoknya ditenyeh-tenyeh.
“Dia selamba je cakap aku ni menyusahkan masyarakat,buat malu pelajar Melayu Islam je kat sekolah ni. Kau tahu dia sembur kat aku macam ni, sudah-sudahlah ponteng kelas, dengar lagu rock kapak, bercouple, merokok..buat tambah koleksi dosa je, kau nak kena panggang kat neraka ke?. Siap bagi ayat quran kat aku suruh bertaubat. Berlagak alim betul! Suka hati akulah, yang penting aku nak enjoy!,”
“Pergh, dia cakap macam tu kat kau beb? Memang kurang ajar betul mamat tu. Bajet selalu pergi surau, bodek ustaz , dah cukup bagus lah tu? Diorang tu siapa nak tegur-tegur kita? Apa diorang ingat kita ni tak jahil sangat ke? Aku ni walaupun selalu ponteng surau, tapi aku sembahyang je beb!,” keras suara Dol, membela diri sendiri walaupun dalam kotak fikirannya, dia teringat pagi tadi dia hanya sempat solat subuh gajah.
“Entah, aku tak paham la orang macam tu. Masa bagi tazkirah kat surau, cakap bukan main lebat suruh berakhlak mulia, jaga percakapan. Tapi, bila nak tegur kesalahan kita, mak aih..mulut lancang mengalahkan gangster. Neraka, dosa, azab semua keluar. Diorang ni,dahlah tak nak pandang orang macam kita, lepas tu, bila kita buat salah, nak hentam-hentam pulak,” bentak Leman. Kali ini giliran dia pula menyalakan lighter ke muncung rokoknya.
Melalui zaman remaja memang adventerous. Berbagai-bagai perkara ingin dicuba. Pada umur sebeginilah, hormon-hormon biologi mula mencucuk-cucuk keinginan untuk mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Bagaikan pemburu yang tegar memburu hasil buruan untuk dibawa pulang, begitulah agaknya perumpamaan remaja yang bersungguh-sungguh memburu kebebasan hidup remaja yang hadir cuma sekali.
Kebebasan! Hiburan!
Untuk apa kebebasan dan hiburan itu?
Untuk mendapatkan kerehatan setelah penat melakukan aktiviti seharian.
Itulah dua elemen yang sering diburu oleh kebanyakan remaja, tidak kira bangsa dan agama pada hari ini. Sebagai manusia biasa, sudah menjadi fitrah untuk kita menginginkan seteguk nikmat kebebasan dan hiburan. Masakan tidak, jika robot yang dicipta untuk bekerja pun perlu direhatkan seketika untuk mengelakkan enjin menjadi terlalu panas dan rosak, inikan pula manusia yang dikurniakan hati,akal dan perasaan. Tentu sahaja mereka ingin melakukan sesuatu yang disukai untuk merehatkan diri setelah penat bekerja.
Fitrah keinginan menusia untuk berehat sejajar dengan sunnatullah yang disusun dengan sangat indah:
“Daripada rahmat-Nya, (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur”. (Al Qasas : 73)
Ada juga yang manusia yang mencari sumber kerehatan dengan melakukan aktiviti yang disukainya termasuklah mencari kedamaian melalui hobi muzik, menonton wayang, membeli belah, dan tidak kurangnya mencari kekasih hati!
Contoh hiburan yang membawa masyuk dengan ketenangan jiwa?
Manusia memang pelbagai. Justeru tidak hairanlah bilamana dalam memilih jenis hiburan demi mencari secebis ketenangan dan kerehatan, kita akan menemukan variasi yang beraneka dan mungkin juga sesetengahnya dipandang agak pelik oleh segolongan yang lain.
Pelik?
Mari saya bawakan dua contoh mudah.
Contoh satu:
“Bang, Mah pelik betullah tengok anak kita si Leman tu. Lemas tengok biliknya tu bersepah dengan CD rock entah apa-apa, dengan gitar elektriknya lagi. Kadang-kadang Mah ada juga menghendap apa lah yang dibuat dalam bilik, bising betul dengan bunyi gitarnya tu. Abang tahu, dia buat apa masa tu?” rungut Mak Mah kepada si suami.
“Dia buat apa Mah?’ terangkat sedikit kening Pak Salim.
“Dia terkinja-kinja macam orang hilang akal! Tak cukup tu, kepalanya tu habis digoncang-goncangkan ikut rentak muzik. Ya Allah, naik darah Mah dibuatnya bang! Bila Mah sergah dia, kenapa dia buat macam tu, abang tahu, dia jawab apa?” uji Mak Mah lagi.
“Dia kata, rilek lah mak..orang nak berhibur pun tak boleh. Mak tahu apa, inilah cara orang muda sekarang mencari ketenangan. Kita kena feel bila dengar muzik mak, barulah jiwa masyuk. Huh, tenang apa tu, dam dum dam dum bunyi muzik, buat berserabut lagi adalah! Pelik betul saya, bang. Pelik!…” bebel Mak Mah, tegang.
Pak Salim menggeleng-gelengkan kepala.
Contoh dua:
“Eh, Dol tadikan aku nampak Si Azwan kat surau, alaa yang menang tilawah Al Quran hari tu. Budak yang kalau berjalan tu, tunduk je memanjang. Kalau ada awek kat depan, lagilah tunduk, silap-silap boleh langgar tiang” ujar Leman membuka bicara.
“Ha..apasal dengan dia?”
“Aku nampak dia sorang-sorang dalam surau tadi. Dia menangis masa baca Al Quran dowh! Pelik betul aku!” ucap Leman sambil mengurut-ngurut dagunya.
“Ha ah..aku pun pelik dengan mamat ni. Hari tu dia pernah duduk borak-borak dengan aku. Baik juga lah sebenarnya dia tu. Dia tanya aku, apa hobi aku. Aku jawablah muzik rock! Bila aku tanya dia pula, dia cakap dia suka dengar dan baca Al Quran. Dia kata best baca Al Quran, hiburan untuk dia. Tapi iya-iya je dia tu. Ye lah, macam mana pula baca Al Quran boleh masyuk? Dah lah bahasa Arab, bukannya faham pun. Lainlah rock, kena penangan head banging..hui..memang layan lah..” tukas Dol.
“Betul tu! Memang pelik, ada ke baca Quran boleh masyuk…Pelik bin ajaib!..”,sokong Leman.
Sewaktu kecil, saya dan adik gemar menonton filem fiksyen dan aksi, terutama lakonan pelakon Arnold Schwarnegger. Filem yang masih segar dalam ingatan saya adalah berkaitan dengan pengklonan manusia- The Sixth Day. Ketika itu, baru pertama kali saya mengetahui tentang isu pengklonan dan ia benar-benar menarik perhatian saya.
Maha suci Allah yang menciptakan manusia yang mempunyai variasi bukan sahaja dari segi paras rupa, malah pemikiran, tabiat dan sebagainya. Saya kira, usaha manusia untuk mencipta manusia melalui apa jua cara termasuk pengklonan adalah sesuatu yang mustahil. Mungkin, dengan pengaplikasian teknologi, manusia mampu menghasilkan individu lain yang mempunyai paras rupa yang sama, namun tidak pada akal dan hati manusia itu. Masakan tidak, akal dan hati dipegang oleh Allah.
TIDAK..dan TIDAK mungkin manusia mampu melangkaui kehebatan Al Khalik.
Semakin menginjak dewasa, saya acapkali memikirkan tentang penciptaan manusia yang mempunyai pelbagai tabiat yang unik. Kadangkala mungkin sukar untuk difahami oleh segolongan yang lain. Sepertimana dua contoh yang saya berikan di atas, Dol, Leman dan Azwan adalah golongan remaja yang sebaya. Namun, masing-masing punya minat yang sangat berbeza. Malah, ideologi dan kefahaman mereka tentang hiburan juga amat jauh senggangnya.
Dalam meniti usia remaja, ruang lingkup “circle of friends” saya semakin lama semakin besar. Saya mengenali lebih ramai manusia yang mempunyai variasi dalam perlakuan dan pemikiran. Jujur saya katakan, sebelum ini ketika di sekolah atau kolej persediaan, saya lebih banyak dikelilingi oleh rakan-rakan yang dilabel “budak alim-alim/bertudung labuh/orang surau dan sebagainya” .
Namun, realiti kehidupan yang sebenar menuntut saya untuk berurusan dengan pelbagai manusia yang dikurniakan pemikiran dan latar belakang yang sangat berbeza. Sepanjang saya mengenali mereka, saya menemukan beraneka ‘ibrah yang perlu saya pelajari sebagai bekalan untuk misi membawa diri sendiri dan insan lain kepada Tuhan.Ketika inilah saya cuba menelaah kelakuan manusia dan mengkaji kecenderungan yang mencorakkan kehidupan manusia pada hari ini.
“Wahai manusia sesungguhnya kami (Allah) telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan” .(Al hujurat : 13)
Bertitik tolak pada kepelbagaian penciptaan manusia dalam surah Al Hujurat :13, maka secara automatiknya masyarakat manusia dituntut untuk saling mengenali antara satu sama lain untuk membuahkan kefahaman tentang tabiat dan sifat manusia lain. Kefahaman terhadap manusia lain yang dilakukan secara ikhlas akhirnya akan menerbitkan bibit-bibit kasih sayang dan rasa kepedulian.
…………………………………………………………………………………………………………………………….
Jalan Pintas
Dalam diari kembara seorang pendakwah, proses pendidikan jiwa menuntut kesungguhan yang berpanjangan kerana ia melibatkan pengacuan jiwa, rohani dan nilai (in put) untuk menghasilkan tabiat/perlakuan (out put). Disebabkan proses mengadunkan ramuan jiwa, rohani dan nilai agak abstrak dan sukar, maka tidak hairanlah jika ada di kalangan para daie yang hilang sabar dan mengambil jalan pintas untuk mencapai misi amar makruf nahi munkar . Jalan pintas yang kadangkala melanggar etika kod hormat, kasih sayang dan kemanusiaan yang menjadi fitrah penciptaan manusia.
“Hey! Korang ni tak sedar tak couple ni dosa besar? Dah gatal sangat ke hah? Kau tahu tak couple ni dah nak dekat dengan zina ! Apa korang nak buat kerja terkutuk zina tu?” marah seorang pengawas sekolah kepada beberapa orang pelajar.
“Ni semua korang punya pasal.Suka-suka hati buat dosa, lepas tu bawa bencana pada orang lain! Kau tahu tak seorang buat dosa bila-bila masa je Allah boleh turunkan bala pada semua orang. Kau ingat konsert-konsert ni boleh bawa pergi kubur ke?,” sindir seorang senior kepada juniornya.
Jalan pintas memang mudah. Semua orang mahukan jalan yang mudah untuk berjaya. Namun, pada hakikatnya sangat sidikit kejayaan yang mampu digapai melalui jalan pintas. Penciptaan sebiji mentol oleh Thomas Edison pada hari ini menyaksikan beribu-ribu eksperimen telah dijalankan.
Itu, penciptaan sebiji mentol. Bagaimana pula pembentukan dan tarbiyah jiwa dan rohani seorang manusia?
Tentu sekali ia menuntut kesabaran, kesungguhan dan logika pemikiran dalam berhadapan tabiat kemanusiaan manusia. Manusia dicipta dengan kepelbagaian, maka untuk menghadapi manusia yang pelbagai, ia memerlukan strategi yang juga pelbagai. Namun, walau apapun strategi yang dirancang, ia mesti direncanakan mengikut norma tatakemanusiaan.
Kerana pendakwah sedang berurusan dengan manusia, maka etika kemanusiaan perlu dijaga.Apabila pendakwah tidak menjaga kemanusiaan manusia, ini bermakna dia telah melanggar sehimpun sunnatullah aturan-Nya.
Dakwah dan tarbiyah bukan hanya berkisar kepada tanggungjawab untuk melepaskan diri ketika dipersoal di akhirat kelak, tetapi ia menagih keiklasan, kesederhanaan, kesungguhan, kepedulian dan kejujuran. Untuk berdakwah, pendakwah bukan sahaja perlu mengenal Tuhan, pendakwah perlu mengenali manusia. Mesej dakwahnya mesti rabbani, pendekatannya mesti manusiawi.
Saya masih teringat ketika saat saya mula-mula memegang usrah seawal saya melangkah ke tahun dua. Saya amati setiap seorang mad’u yang rata-ratanya lebih tua daripada saya. Berdebar rasanya apabila berhadapan dengan orang yang lebih awal makan garam daripada saya. Saya akui, ketika saya membuat persediaan untuk usrah buat kali pertama, bermacam-macam persediaan saya lakukan. Untuk sesi tilawah dan tadabbur sahaja, saya mengambil masa yang lama untuk menggali isi-isi Al Quran berpandukan rujukan dan memerah otak untuk menyampaikan perkongsian dalam konteks yang lebih segar dan bernas.Mengapa saya begitu nervous? Kerana saya berhadapan dengan mad’u yang lebih matang dan mempunyai sejarah tersendiri yang perlu saya fahami dan dekati dengan cara tertentu.
Kadangkala, rasa cemas tidak segan-segan datang mencucuk tatkala saya mengenangkan betapa mad’u saya kali ini mempunyai pemikiran yang kritis dan sangat responsif. Jujur saya katakan, jika hendak saya bandingkan kapasiti persediaan pengisian yang akan saya persembahkan untuk mad’u saya, kapasiti persediaan untuk golongan kakak-kakak ini melebihi berganda-ganda daripada adik-adik. Bukan untuk memandang rendah terhadap tahap penerimaan adik-adik, tetapi pengalaman lalu banyak mengajar saya selok belok psikologi penerimaan golongan adik-adik berbanding golongan kakak-kakak.
People don’t care how much you know, until they know how much you care.
Malah, melihat latar belakang mad’u saya kali ini , mengheret saya untuk cuba mempelajari selok belok lorong-lorong kemanusiaan yang belum pernah saya terokai. Ada yang datang daripada situasi A, ada pula berasal daripada latar belakang situasi B. Ada pula yang pernah melalui situasi B, tetapi kini berada dalam kelompok situasi A.
Memang unik, masyaalah! Keunikan ini akhirnya membawa saya melalui satu fasa kehidupan yang memberikan warna baru dalam hidup saya. Memang kadang kala keunikan yang pelbagai ini menemukan sedikit cabaran dan kesulitan, namun inilah kehidupan! Kehidupan yang mengajar hakikat menjadi seorang insan di bumi Tuhan.
Kadangkala dalam misi menyampaikan content dakwah, akan ada situasi di mana kita akan berhadapan dengan persimpangan dilema. Dilema yang menyaksikan kita terpaksa memilih antara hablu minallah dan hablu minannas. Namun, pendakwah yang bijak akan mengadunkan kedua-dua “ramuan” ini dalam satu mangkuk adunan dan mencanai adunan dengan cermat. Kemudian adunan tersebut dibentuk dengan cantik dan dibakar dengan “suhu” yang sesuai untuk menghasilkan satu hidangan “peringatan” yang mapan dan berkesan.
Pejam celik-pejam celik, masa pantas berlalu. Tidak lama lagi, semester akan menghampiri penghujungnya. Salah seorang anak usrah saya akan pulang ke Malaysia dan kehilangannya pasti akan dirasai oleh seluruh ahli “keluarga” kami. Maha suci Allah, pada hari pertama kami bertemu, tiada sesiapa yang menjangka hubungan kasih sayang yang dibina pada hari ini bermula dengan jurang perbezaan yang amat ketara.
Namun, siapa kata latar belakang yang berbeza tidak mampu menyatukan hati-hati manusia yang sebenarnya dahagakan sentuhan kerohanian dan juga penghormatan sebagai manusia biasa?
Hujung minggu lepas menyaksikan air mata saya begitu murah mengalir. Buat pertama kalinya saya menyaksikan penyatuan hati-hati yang sungguh erat . Secara jujurnya, saya menyaksikan penyatuan hati itu sedikit demi sedikit membungakan nilai-nilai pendidikan jiwa dan amal yang dibentuk tanpa dipaksa-paksa. Tidak dinafikan, proses penanaman nilai ini mengambil masa yang sangat lama dan kesabaran yang sangat tinggi, namun hanya Allah yang tahu nikmatnya kemanisan tatkala menjamah hasil tuaian kesabaran.
“Wanie..janganlah nangis lagi. Kenapalah terharu sangat ni.Tahu tak malam tadi kan kitorang karaoke lagu nasyid kat youtube! Ye lah, sebelum ni Nana, mana tahu nasyid-nasyid ni. Dibah tunjukkan Nana banyak lagi nasyid. Banyaklah lagu pasal Rasulullah..sirah yang Wanie ajar masa usrah tu. Eh, nak tahu tak Wanie, setelah menyanyi bersama-sama, kami mendapati kami berpotensi melahirkan album. Dah boleh dah kalahkan Wanie! Hahahha..!!, usik salah seorang anak usrah saya yang cuba menghentikan sendu saya melalui corong telefon pada hari itu. Entah mengapa saya begitu tersentuh, hanya Allah sahaja yang tahu.
Mungkin bagi sesetengah orang, apalah sangat dengan amalan membaca Al Quran semuka setiap hari atau beristighfar sebelum tidur, atau solat jemaah sekali sehari atau mengehadkan pergaulan dengan rakan lelaki atau hatta menukar alternatif minum kopi di Starbuck kepada Costa Coffee sekali pun!. Mungkin perubahan amalan yang minimum seperti ini hanya dipandang enteng oleh kebanyakan kita. Namun, bagi individu itu sendiri, ia menuntut seribu satu kesungguhan dan kepayahan untuk bangkit daripada kejatuhan yang memeritkan. Biarpun perubahan yang dilakukan itu sedikit, namun dia berhak mendapat penghargaan yang berupa kepedulian dan kasih sayang.
People don’t care how much you know, until they know how much you care.
12 Rabiul awal hanya berbaki beberapa hari lagi. Moga ulang tahun kelahiran Rasulullah pada tahun ini mampu membawa kita menelusuri sirah perjalanan kehidupan dakwah baginda dan mengambil ‘ibrah pendekatan dakwah kemanusiaan dalam usaha menyampai mesej Rabbani yang dipaparkan menerusi qudwah hasanah agung itu.
Kami adalah sekumpulan manusia di bumi Allah Sheffield yang ingin melihat Islam subur di sanubari kami dan seluruh umat manusia di dunia ini...
Kami ingin menjadi penyambung risalah rasulullah dengan kudrat yang di bekalkan Allah kepada kami...
Kami ingin menjadi seperti yang di sarankan oleh Tuhan Rabbul A'lameen dalam surah al-an aam, ayat 162
Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (162)
Moga Allah redha kepada kami, dan kami juga redha kepada Nya....
Sesungguhnya Engkau tahu bahwa hati ini telah berpadu, berhimpun dalam naungan cintaMu , bertemu dalam ketaatan, bersatu dalam perjuangan ,menegakkan syariat dalam kehidupan, Kuatkanlah ikatannya kekalkanlah cintanya, tunjukilah jalan-jalannya, terangilah dengan cahayamu yang tiada pernah padam, Ya Rabbi bimbinglah kami..Lapangkanlah dada kami dengan karunia iman dan indahnya tawakal padaMu, hidupkan dengan ma'rifatMu, matikan dalam syahid di jalan Mu ,Engkaulah pelindung dan pembela ( 8:63 )