Islam dan dakwah -cabaran masakini - Prof. Latiff
Bismillahhirrahmannirahim
Mengimbau kembali ceramah yang disampaikan oleh Prof Dr Latiff pd mlm 16April yg lalu, sungguh berkesan di hati. Terasa meremang bulu roma apabila mendengar peringatan2 yg disampaikan, sungguh tidak pernah pemikiranku mencapai ke tahap sedemikian sebelum ini, namun Alhamdulilah Allah berikan jua ilmu tersebut hingga sampai ke pengetahuanku yg naïf ini. Sungguh, hebat benar semangat pejuang2 Palestin di
Prof Dr Latif memulakan ceramah beliau dgn memperkenalkan latar belakang dirinya. Beliau memulakan pengajian perubatannya (cardiology) di UKM, kemudian meneruskan pengajian keperingkat yang lebih tinggi di
Memulakan intipati ceramah beliau, 3 pertanyaan utama menurutnya yang harus diketahui oleh setiap manusia untuk membezakan antara Islam dan Jahiliyah iaitu:-
· Dari mana asalnya/munculnya kita?
· Mengapa kita berada di sini? /Apakah tujuan kewujudan kita?
· Apakah yang akan terjadi selepas kematian?
Jawapan persoalan pertama, kita sedia maklum seperti yg telah Allah nyatakan dlm Al-Quran, manusia berasal daripd air yang hina. Sebelum roh dimasukkan ke dalam jasad, kita telahpun berjanji kepada Allah swt bahawa kita akan menyembahnya dan mentaati perintahnya, dan kemudian itu Allah memasukkan roh ke dalam jasad, maka jadilah kita makhluk Allah yang berjanji untuk menjadi khalifah di muka bumi. Usahlah tertipu dgn teori2 kafir laknatullah yang menegaskan teori
Persoalan kedua terbahagi kepada 2 level, yang pertama dari aspek individu, kita dijadikan Allah sebagai khalifah dan hamba Allah yang seharusnya menurut segala perintah Allah dan menunaikan janji kita kepadaNya spt menunaikan solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat, menunaikan haji di Mekah bg yang mampu. Yang kedua adalah dari aspek ummah, kita seharusnya menjadi ummat yang terbaik, seimbang dan menjadi pengaruh yang besar dalam mencorakkan kehidupan manusia di dunia. Cthnya, apa jua bidang dan aspek kehidupan, kesemuanya seharusnya adalah menurut langkah dan cara yg disyorkan oleh Islam. Jika dilihat pada masa kini, org2 Barat juga telah menyedari makanan halal menjadi tumpuan utama umat Islam yg merupakan sebahagian besar penduduk bumi, lantas mereka juga berlumba-lumba untuk menukarkan teknik penjualan makanan kepada makanan yang halal. Ini kerana mereka sedar dgn cara ini, mereka akan dapat meneruskan perniagaan dan mendapat keuntungan. Inilah yg seharunya kita lakukan agar corak kehidupan umat Islam menjadi pengaruh utama kehidupan manusia sejagat. Selain makanan, sektor2 lain seperti system kekeluargaan, system kewangan, system jual beli dalam perniagaan dan sbgnya seharusnyalah turut dimonopoli oleh umat Islam sehingga kita berjaya mencapai Ustaziyatul Alam sebagaimana yang telah kita capai suatu masa dahulu.
Persoalan ketiga seharusnya amat jelas bagi setiap umat Islam, yang mana selepas kematian kita tahu adanya alam barzakh, perhimpunan di Padang Mahsyar, hisab dan balasan Allah, iaitu syurga atau neraka jahannam. Pilihan adalah ditangan setiap individu, sama ada mahukan syurga atau neraka, tiada perantaraan. Sungguh, andai syurga itu dapat dilihat, pasti tiada siapa yang mahukan dunia ini, begitu juga dgn dahsyatnya neraka, pasti tiada siapa yang berani meninggalkan perintahNya. Prof Dr Latiff menekankan, agar kita sentiasa berdoa kpd Allah supaya diberikan ganjaran syurga firdaus, syurga yang paling hebat, bersama tempat para nabi, rasul dan para anbiya. Janganlah sekadar bermohon agar dapat masuk syurga sahaja, setakat cukup makan bak kata orang. Sedangkan kita tahu fitrah manusia, pasti kita mahukan yang terbaik.
Contoh yg diberikan oleh Prof adalah perbezaan yg nyata apabila kita menaiki kapal terbang MAS untuk kembali ke
Kejayaan adalah di tangan orang2 beriman. Janganlah kita leka dan asyik melakukan perkara yang hanya membuang masa semata-mata. Live up to the expectation of Allah swt. Be the best of Ummah!
Setakat ini dahulu dpt saya sampaikan 1/3 daripada intipati ceramah Prof Dr Latiff. Mungkin part seterusnya boleh sesiapa yg dgr ceramah tlg sampaikan pula ye. Semoga kita mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah swt. Jazakallah ul khairan. (Sorry la yer, bunyi macam buat technical paper jer, pengaruh engineering kuat sgt, eheeee, takper nnt practice lagi)
Oleh : Raudhah Ahmadi
No comments:
Post a Comment