Salam sahabat-sahabatku semua Jom kita tanya diri kita sendiri mahukah kita menjadi Muslim special atau Muslim Istimewa? “Apa Muslim special tu? Sekarang ni bukan ker dah Muslim, cukup lah tu. Ko ingat ko ni taraf apa alim ulamak ker nk jadik Muslim special plak?” Itulah dialog di sudut hati kita. Atau mungkin juga ayat-ayat cinta dari setan laknatullah yang cuba mengoyahkan niat baik kita. Teringat ceramah Prof Dr Latiff malam semalam, hebat ceramah beliau. Bukan setakat pengisian pengalaman beliau di bumi suci Palestin tapi juga pengisian rohani yang cukup berkesan dan berbekas. Semoga kesan itu tak akan hilang, biar subur sentiasa hendak-Nya. Antara pengisian yang cukup berbekas dari beliau: “Menjadi Muslim special di sini ialah menjadi di kalangan orang-orang yang terpilih untuk masuk segera ke syurga tanpa perlu dihitung dan ditimbang di neraca penimbangan amal baik buruk kita. Bilakah hari itu? Di hari perhitungan nanti. Suatu hari yang Allah dah janjikan, yang pasti akan berlaku. Ya Allah… Mampukah kita menunggu giliran penimbangan amalan kita di padang masyar yang matahari pada hari itu hanya jarak nya sejengkal dari kepala kita? Sanggupkah kita berenang dalam air peluh kita sendiri bahana panas yang membahang itu? Sedangkan panas di dunia pun kita dah bising-bising. Pada hari itu tanpa seurat benang di tubuh kita. Masing-masing pun tak sempat nak pandang sesama sendiri, kerana ketika itu semua nya sibuk memikirkan nasib sendiri. Menunggu angka giliran yang entah ke berapa nombor panggilan nya? Entah berbillion-billion angkanya”. Ya Allah!! Terkedu…. Mampukah kita menjadi Muslim special itu? Cukupkah sekadar solat 5 waktu sehari semalam sahaja? Cukupkah sekadar berzakat setahun sekali sahaja? Cukupkah sekadar melakukan haji & umrah sahaja? Ya Allah besar nya tanggungjawab kami hamba-hambaMu yang hina ini!! Himpunan dosa ku itu banyak bergunung-gunung. Tak tahu bila mampu menggondolkannya. Ya Allah, doa dipohon moga diri, keluarga, kaum kerabat dan sahabat handai semua berjaya menjadi golongan Muslim special ini, ditempatkan di Jannatul Firdaus, syurga tertinggi milik para Nabi-Nabi, para sahabat, ulamak dan anbiyaa. Memang diri ini terasa sangat lemah, hanya Doa mampu dipanjat!! Ya Allah ampuni segala dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil kami! Teguhkah iman kami, jangan lah Engkau bolak-balik kan hati kami dari jalan-Mu, dan jangan lah Engkau putuskan cahaya hidayah-Mu dari kami semua…Ameeen. Oleh : Azie |
Saturday, 18 April 2009
Muslim special
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment