Wednesday 17 September 2008

Sama2 fikir...

Assalamualaikum wr wbt,

Just nak share apa yg di baca di pagi hari awal subuh hari ni...a good artikel to ponder upon...di ambil dari harakah daily
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=017003&Itemid=60


Kebenaran kita ambil dan terima walau dari mana pun sumbernya..
Di sini saya petik tulisan beliau :

Kemudian ketika membaca buku Meraih Ampunan Allah (terjemahan) karangan Jamilah al-Mashri (2004, Jakarta), terdapat pula cerita yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Tabrani, bahawa pada suatu hari Fatimah (r.a) memberikan sekeping roti kepada ayahnya Muhammad s.a.w. Nabi mengambil dan berkata: "Ini adalah makanan pertama yang dimakan ayahmu sejak tiga hari yang lalu."

Bayangkan Rasulullah tiga hari tak makan! Kemudian ada pula riwayat bahawa Abu Hurairah berkata, "Aku menemui Nabi s.a.w. ketika baginda sedang solat sambil duduk, lalu aku bertanya: 'Wahai Rasulullah, aku melihatmu solat dalam keadaan duduk. Apa yang menimpamu?' Baginda menjawab: 'Lapar, wahai Abu Hurairah'." (ms 230)

Dan ada beberapa peristiwa lagi dari sirah Rasulullah, yang melekat dalam fikiran saya, menyebabkan saya berfikir - alangkah berbezanya, dan jauhnya perbezaan antara corak hidup kita hari ini dengan corak hidup Rasulullah dan para sahabat di zaman itu.

Tentulah itu bukan cerita kedaifan. Nabi Muhammad mempunyai segala peluang untuk menjadi orang terkaya di zaman itu, sekiranya dia memilih untuk menjadi kaya. Dia sendiri sejak muda telah terkenal dengan bakat berniaganya, hingga tokoh korporat zaman itu, Khadijah, mengamanahkan perniagaan kepadanya.

Katanya, "Seandainya Rasul s.a.w. mau menegumpulkan harta, nescaya baginda menjadi manusia terkaya. Seperlima harta rampasan dari Perang Hunain saja sudah mencapai 8,000 ekor kambing, 4,800 unta, 8,000 auns perak serta 1,200 tawanan." (ms 138)

Mengisahkan seorang sahabat yang juga mengalami lapar, Nik Aziz di dalam bukunya mencatatkan: "Abu Hurairah r.a, berkata: Bahawa pada suatu ketika aku rebah ke tanah kerana terlalu lapar. Orang yang melihat aku tergeletak di tanah mengatakan aku terkena penyakit sawan. Sebenarnya aku tidak terkena penyakit sawan, tetapi aku rebah kerana terlalu lapar.

Tiba-tiba ada sahabat memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w. menyuruh aku pergi ke rumahnya. Menerima jemputan itu tiba-tiba tubuh aku menjadi segar, kerana lazimnya jika Rasulullah saw menjemput kami ke rumahnya bererti ada makanan yang hendak dihidangkan kepada kami." (ms 35)

"Begitulah Rasulullah s.a.w. Bukan baginda tidak mampu. Kalau baginda mahu, bukan baginda tidak mampu untuk mengadakan lantai yang beralas atau membina rumah yang besar dan mewah sekalipun. Baginda mampu mengadakan semua itu, kalaulah itu yang baginda pilih. Tetapi baginda tidak memilih yang itu."

Meneruskan pemikiran itu di hari-hari Ramadan al-mubarak, saya jadi bertambah yakin bahawa corak hidup kita sudah jauh terpesong dari landasan yang ditunjukkan Nabi. Jauh betul terpesongnya. Dan rupa-rupanya inilah yang selalu ditekankan Tok Guru Nik Aziz dalam kuliah-kuliah dan juga dalam kepimpinannya.

Tepat sekalilah beliau bertanya Ketua Audit Negara yang menegur jabatan dan agensi kerajaan Kelantan "tidak menunjukkan kemajuan ketara". Kata Nik Aziz: "Saya nak tahu apa definisi maju tu dulu. Ukuran maju ke tak maju ni dikira dari mana." Soalan itu sebenarnya untuk difikirkan oleh semua orang hari ini

.

Artikel ni menceritakan tentang kisah hidup nabi junjungan kita, yg sepatutnya kita teladani, kasihi dan contohi....

Ada dua persoalan selepas membaca artikel ni..

1) Adakah hidup kita ni mengikut landasan yg di tunjukkan oleh nabi muhammad s.a.w junjungan kita? Atau sebenarnya jauh terpesong darinya?

2) Apakah yg di takrifkan dengan kemajuan?

Dlm artikel ni membicarakan tentang betapa rasulullah s.a.w selalu sahaja berlapar kerana tiada makanan...semasa di perang khandaq, masa boikot di mekah dan juga masa2 biasa baginda di rumah...

Kita pulak? bukak puasa best2...macam2 adaaa...erm, rasa bersalah pulak...kengkadang tu sampai membazir sebab banyak lebih, kita masak sket, org tu bagi sket, org ni bg sket...so last2 basi dan kene buang....teruknya rasa!

Mari2 kita berazam makan sederhana sahaja, masak ala kadar...begitu juga dengan raya nanti, tak payah lah berlebihan sgt2... tapi ye la bagus menjamu tetamu, tapi buat diri sendiri, bersederhanalah..

------------------------------------------------------

Pasal kemajuan lak... apa agaknye respon semua pembaca kat sini... apakah ukuran kemajuan?

Sekadar renungan di pagi hari.......

No comments: