Monday 22 September 2008

oh kematian....

Selepas selesai menunaikan solat Isyak pagi tadi. Yearp.. solat Isyak sebelum sahur dan menunggu solat subuh. (Teruknye hamba mu ini ya Allah). Hati ku berdegup kencang, dadaku bergetar, aku terpaku. Terfikir aku bagaimana jika maut tiba2 datang? masa tu, waktu itu, dan saat tersebut, there will be no turning back, no turning point. That's it. STOP!!!!

Terhenti. semua nye habis. Cukupkah? mampukah? dan bersediakah kita untuk kembali? dengan amalan yang ciput. Buat pun ala kadar je. Solat pun masih boleh di tanya pernah ke khusyuk?

BERANIKAH KITA? takde dah lagi tempat nak menyorok. takde dah lagi nak tipu2 bohong sunat ke hapa. semua nya takde. Tinggal kita seorang.. bersama segala baik buruk yang kita dah buat.. bersama amalan2 yang kita dah lakukan ... semuanya akan di kira secara TERPERINCI.



Takutnye ya Allah, Takutnye ya Allah, Takutnye ya Allah...

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat
-- Artist: Raihan ---

Ya Allah, ku pohon ketetapan hati, kekuatan jiwa, dan kesihatan tubuh untuk terus kekal dalam jalanmu yang lurus ini. lorongkanlah hati-hati ini (keluarga2 ku, rakan2ku, dan seluruh umat islam) untuk terus berjuang di atas landasanmu... mencari redhamu .....

agar kemanisan kemenangan mu yang agung, dapat kami kecapi bersama... Insya Allah.