Monday, 29 September 2008

Ceramah Ustaz Mazlee di IC semalam..

Assalamualaikum...

Sahabat2 yg dikasihi..

Terlebih dahulu semoga Kak Yati dan keluarga tabah hadapi ujian Allah dalam bulan penuh barakah ni...Semalam ada jumpa Kak Yati kat IC, tapi maybe saya tak alert pasal ni lagi...minta maaf Kak Yati..

Entry ni saja nak share ceramah semalam....Che Sal tak turun tolong masak pun..terus ke IC je..minta maaf ye shbt2...apa2 pun tahniah atas hidangan yang ummpp....siapla lepas ni Pak Arab order dr Chef2 kita utk iftar or jamuan..

Basically ceramah semalam...walaupun tajuknye Feqah Luar Negara..tp bak kata ustaz sendiri..sume tu boleh dibaca dlm buku dia..hehe..terus ceramahnya melencong sana sini..tapi mmg sangat berinti pati dan bg saya amat penting untuk meneydarkan kita sbg org mukmin..


Seingat saya...dalam byk2 point penting tu....manusia ni tergolong dalam 3 golongan...Yang pertama golongan nabi dan rasul yg Maksum; kedua golongan yg di'pegang' oleh syaitan..yg mana kalau takde syaitan pun dia act lebih teruk dari syaitan..dan yg ketiga golongan MUKMIN...kita lah org yang termasuk dalam golongan ni..yang mana Iman kita turun naik..kalau kita dekat ngan Allah..naiklah iman kita..sebaliknya kalau kita ada buat dosa..turunlah iman kita..apa2 pun..strive utk kembali ke jalan Allah itu yg amat penting..

Kata ustaz lagi..

Dalam jiwa kita ni..kejahatan dan kebaikan wujud dalam satu wajah..iaitu kita..
Perwatakan kita akan lahir ikut mana yg lebih dominant..jahat or baik...sbb itulah fitrah manusia...apa yg penting sekali mcm mana nak control yg baik supaya lebih dominant..
Ustaz kata..mula2 wujudnya unsur kejahatan ni..ialah bila mana syaitan takmo sujud pada Adam yg Allah lantik jd khalifah di muka bumi ni...(Surah Albaqarah, 30-39), Dengan penangguhan balasan neraka yg syaitan mintak pada Allah utk cari geng masuk neraka dikalangan manusia..utk main Futsal..kikiki...
maka wujud lah golongan 'Hisbullah' dan golongan 'Hisbusyaitan'...Jadi berhati2 lah dgn tindak tanduk kita di muka bumi ni supaya tak termasuk dlm puak hisbusyaitan..nauzubillah..

Byk kisah2 contoh zaman dulu..yg ustaz beri pasal kebaikan dan kejahatan dalam satu wajah.
Jadi kita jgn rasa bangga kalau kita baik smpai unsur kejahatan boleh berputik dlm jiwa kita..dan jgn pula kita rasa kita ni terlalu jahat smpai tak boleh langsung nak buat sedikit kebaikan...

Apa2pun ustaz kata...and memang logic benda ni...HOW TO CONTROL OURSELVES..supaya kebaikan lebih lebih dominant at all times insyaallah...kalau kita dah terlanjur dgn dosa..cepat2lah kita kembali pada Allah..sebab Allah tu Maha Tahu...dan Maha Pengampun selagi kita tak mensyirikkan Allah...

Banyak lagi yg Ustaz point out..yg mampu saya ingat skrg hanya yg tertulis diatas..dan saya pun smpai 30 minit lambat drpd ceramah start...
So sahabat2 yg ada take note point2 lain..bolehlah share ngan kami sekalian...

Yg baik tu sesungguhnya dtgnye dari Allah..dan yg buruk itu dr saya hamba yg hina ini..

*****
Terasa nak buat controller mcm mana nak control jahat/baik..disebabkan student Automatic Control & Systems Engineering ni..
hehehheee

Emak Kak Yati

Dari pena Kak Aryati.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum...

akak nak memohon maaf seribu kemaafan samada zahir dan batin

di samping itu, akak memohon, supaya kita sama2 mendoakan kesejahteraan mak akak dan dipermudahkan oleh Allah. Ya Allah, kau yang maha mengetahui, jangan kau memberikan bebanan yang tak mampu untuk mak aku tanggung..amin

Mak akak jatuh sendiri..naik motor...ada org kata langgar tiang lampu..banyak organ2 dlm yg problem..jantung..paru2...bahu patah..tulang rusuk..patah...entah kalau ada yg lain sbb dr cek ...kalau mak kata dah sakit

Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah dan doa semua rakan2 dapat mempermudahkan bebanan yang mak akak tanggung..

wasalam...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Moga Allah menyembuhkan mak akak dan mengurniakan kesihatan yang sempurna...Moga akak tabah menghadapi dugaan ini...perlukan apa2 pertolongan, bagitahu je kami semua...

JOM!! Perhimpunan musim sejuk 2008




Winter Retreat 2008
Experience The Difference
PENGENALAN
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Winter Retreat 2008 kembali lagi, dengan aktiviti dan pengisian yang lebih menarik, mencabar serta memupuk semangat dan ukhuwwah Islamiyyah.

TARIKH & MASA
Brothers : 20 - 23 Disember 2008
Sisters : 23 - 26 Disember 2008

LOKASI
Loch Lomond Youth Hostel, Scotland

Sama2 kita jayakan!

Thursday, 25 September 2008

Sedangkan lidah lagi tergigit....



Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al Anfal : 63)


Di akhir nasyid tema Sang Murabbi, di bacakan ayat ni...tertarik utk menulis sedikit...

Tidak bermakna yang menulis lagi hebat dan lagi bagus drp yg membaca, tetapi semangat kongsi dan saling ingat mengingati adalah satu budaya yang digalakkan oleh Allah Azza Wajalla...

(Berilah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat kepada sekalian orang yang Mukmin ( Az-Zariyat : 55 )

Apakah yang menyatukan hati orang2 mukmin ini, yang tidak dapat dibeli oleh wang ringgit walaupun dikumpul seluruh harta di dunia ini...Apakah yang hebat sangat mengikat jiwa2 mukmin ini dan menjadi cemburuan manusia2 di bumi ini?

Itu lah simpulan ikatan yang teguh yang tidak dapat di ganggu goyah lagi.... itulah simpulan Aqidah...

Aqidah yang satu, beriman pada Rabb yang satu...Rabb yang menguasai seluruh langit dan bumi serta segala isinya...Tuhan yang Maha Kuasa..Maha Gagah...

Begitu juga kita dalam suasana bermasyarakat ini...jika ada tersandung disana, tergeliat disini...terkehel disana, termelecet di sini... tak mengapa... lumrah alam... seperti lirik lagu P-Ramlee tu, sedangkan lidah lagi tergigit ..begini pula manusia yang pelbagai ragam, karenah, personaliti...

Tetapi, perkara penting yg perlu di semat dalam sanubari ialah...kita berbalik kepada unsur yang dimana janji Allah itu ...unsur yang sangat hebat dan berkuasa menyatukan hati-hati orang mukmin seluruh dunia...dan ianya juga adalah sebab yang menyatukan kita di jalan ini... Lailaha illa Allah, Muhammad Rasulullah....

Moga Allah redha kepada kita dan kita redha kepadaNya...ameen..

Wednesday, 24 September 2008

Ceramah Fekah Luar Negara


Assalamualaikum wr wbt pengunjung2 dari sheffield....

Semua di jemput hadir ke ceramah ' berkenaan tentang Feqah Luar Negara' yang membicarakan tentang soal2 feqah semasa kita berada di UK ni...


Sudah pastinya banyak soalan2 Feqah yg kita tak pasti selama ini...Maka inilah masanya untuk kita menadah secangkir ilmu dengan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA).



Soalan2 seperti :

1) Bolehkah saya jamakkan solat saya di musim panas, jika ya, kenapa? Dan bagaimana pula dalam musim sejuk?

2) Sejuk bangatla UK ni, bolehkah saya amik wuduk tanpa buka stokin saya?

3)Saya ada kawan india yg kata dia duk jamak solat sepanjang tahun...erkkk boleh ke?
Dan pelbagai soalan2 lagi....

So, apa lagi sahabat2 semua, jangan lepaskan peluang keemasan ini...menemui penulis buku Feqah Luar Negara, Ustaz Maszlee Malik yang juga seorang aktivis palestin...


Apa ye details nye?

Hari : Ahad ini (28 September)
Jam : 2 petang

Tempat : Islamic Centre (IC) di Muslim welfare house , sheffield
Alamat :
10 - 12 Severn Road, Broomhill ,Sheffield S10 2SU

Di jemput juga saudara2 untuk bersama2 berbuka puasa di masjid, inshaAllah menu yg menarik akan disediakan :)


Monday, 22 September 2008

oh kematian....

Selepas selesai menunaikan solat Isyak pagi tadi. Yearp.. solat Isyak sebelum sahur dan menunggu solat subuh. (Teruknye hamba mu ini ya Allah). Hati ku berdegup kencang, dadaku bergetar, aku terpaku. Terfikir aku bagaimana jika maut tiba2 datang? masa tu, waktu itu, dan saat tersebut, there will be no turning back, no turning point. That's it. STOP!!!!

Terhenti. semua nye habis. Cukupkah? mampukah? dan bersediakah kita untuk kembali? dengan amalan yang ciput. Buat pun ala kadar je. Solat pun masih boleh di tanya pernah ke khusyuk?

BERANIKAH KITA? takde dah lagi tempat nak menyorok. takde dah lagi nak tipu2 bohong sunat ke hapa. semua nya takde. Tinggal kita seorang.. bersama segala baik buruk yang kita dah buat.. bersama amalan2 yang kita dah lakukan ... semuanya akan di kira secara TERPERINCI.



Takutnye ya Allah, Takutnye ya Allah, Takutnye ya Allah...

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat
-- Artist: Raihan ---

Ya Allah, ku pohon ketetapan hati, kekuatan jiwa, dan kesihatan tubuh untuk terus kekal dalam jalanmu yang lurus ini. lorongkanlah hati-hati ini (keluarga2 ku, rakan2ku, dan seluruh umat islam) untuk terus berjuang di atas landasanmu... mencari redhamu .....

agar kemanisan kemenangan mu yang agung, dapat kami kecapi bersama... Insya Allah.

Sunday, 21 September 2008

Friday, 19 September 2008

Dan pindah lagi....

Assalamualaikum...

Ramadhan dtg dan pergi dgn cepat sekali...dalam diam kita dah masuk ke 10 malam terakhir...
Semoga kita dapat penuhi malam2 baki ini dgn lebih bermakna...mudah2an kita semua dapat mengunjungi malam Lailatul Qadar yg istimewa...

sahabat2 yang dikasihi...Insyaallah che sal akan berpindah weekend ni ke upperthorpe area..sempadan ngan crookesmoor..sempadan ngan hillborough...hehe...yg pentingnye...landmark utama ialah swimming pool upperthorpe yg selalu ku pergi dolu2 kala..

Silalah jemput datang ke 'teretak' kami..bukan teratak ye..:D..alhamdulillah..setelah lama mencari umah yg ada toilet di atas..n harga pun mcm ok..condition pun bolehlah..alhamdulillah...boleh maisarah jejak tanah pasni..yg penting..tangga tak setinggi umah ni...sayupje tgk bawah..terus teringat Maisarah jatuh dr tingkat atas sampai bawah..dok terngiang2 lagi bunyik tergolek dia...eii..ngeri..alhamdulillah anakku tu takde apa2....

Alamat baru sy:
28, Springvale Walk.
S6 3GY ..

Jemput datang ke rumah bila2 ke Tesco upperthorpe or...pi swim ka..pi gym ka...sila..sila..

wassalam

Thursday, 18 September 2008

Sumbangan anda di bulan mulia ini...

Assalamualaikum wrt,

Apa khabar semua..moga-moga berada didalam keadaan ceria dan sejahtera imannya.lebih-lebih lagi dalam bulan Ramdhan yang mulia ni..
Teringat saya masa ustaz dari nott datang masa iftar di PMC...
"Ramadhan adalah makhluk Allah, dakapilah dan dampingilah ia dengan sungguh-sungguh kerana pasti tiba masanya ia akan meninggalkan kita. Anggaplah Ramadhan ini Ramadhan terakhir untuk kita"

Di sini juga saya ingin mewar-warkan bahawa kita akan membuat satu program sambutan untuk adik-adik undegrade yang akan sampai di Sheffield dalam beberapa hari lagi...
So...nak bagi adik-adik ni rasa happy dan mengubat rindu mak dan ayah yang ditinggalkan di Ma'sia kami ingin memberi mereka starter pack makanan....mcm beras cket, gula cket..dan lain-lain.

Maka disini saya membuka kepada sahabat-sahabat semua untuk sponsor mana-mana bahan yang boleh...untuk 50 org. Mungkin kita boleh beli jumlah yang besar kemudian kita repack cantik-cantik..

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

1. Beras
2.Teh

3.Gula
4.Garam
5.Bawang besar
6.Sardin
7.Biskut/Coklat
8. Bawang putih

Jika ada yang ada cadangan lain sangat dialu-alukan..Dan bolehlah bagi komen atau hantar kat email.

Sekian,salam sayang untuk semua.

p/s tinggal seminggu lagi jer..Ramadhan kan pergi....

Wednesday, 17 September 2008

Sama2 fikir...

Assalamualaikum wr wbt,

Just nak share apa yg di baca di pagi hari awal subuh hari ni...a good artikel to ponder upon...di ambil dari harakah daily
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=017003&Itemid=60


Kebenaran kita ambil dan terima walau dari mana pun sumbernya..
Di sini saya petik tulisan beliau :

Kemudian ketika membaca buku Meraih Ampunan Allah (terjemahan) karangan Jamilah al-Mashri (2004, Jakarta), terdapat pula cerita yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Tabrani, bahawa pada suatu hari Fatimah (r.a) memberikan sekeping roti kepada ayahnya Muhammad s.a.w. Nabi mengambil dan berkata: "Ini adalah makanan pertama yang dimakan ayahmu sejak tiga hari yang lalu."

Bayangkan Rasulullah tiga hari tak makan! Kemudian ada pula riwayat bahawa Abu Hurairah berkata, "Aku menemui Nabi s.a.w. ketika baginda sedang solat sambil duduk, lalu aku bertanya: 'Wahai Rasulullah, aku melihatmu solat dalam keadaan duduk. Apa yang menimpamu?' Baginda menjawab: 'Lapar, wahai Abu Hurairah'." (ms 230)

Dan ada beberapa peristiwa lagi dari sirah Rasulullah, yang melekat dalam fikiran saya, menyebabkan saya berfikir - alangkah berbezanya, dan jauhnya perbezaan antara corak hidup kita hari ini dengan corak hidup Rasulullah dan para sahabat di zaman itu.

Tentulah itu bukan cerita kedaifan. Nabi Muhammad mempunyai segala peluang untuk menjadi orang terkaya di zaman itu, sekiranya dia memilih untuk menjadi kaya. Dia sendiri sejak muda telah terkenal dengan bakat berniaganya, hingga tokoh korporat zaman itu, Khadijah, mengamanahkan perniagaan kepadanya.

Katanya, "Seandainya Rasul s.a.w. mau menegumpulkan harta, nescaya baginda menjadi manusia terkaya. Seperlima harta rampasan dari Perang Hunain saja sudah mencapai 8,000 ekor kambing, 4,800 unta, 8,000 auns perak serta 1,200 tawanan." (ms 138)

Mengisahkan seorang sahabat yang juga mengalami lapar, Nik Aziz di dalam bukunya mencatatkan: "Abu Hurairah r.a, berkata: Bahawa pada suatu ketika aku rebah ke tanah kerana terlalu lapar. Orang yang melihat aku tergeletak di tanah mengatakan aku terkena penyakit sawan. Sebenarnya aku tidak terkena penyakit sawan, tetapi aku rebah kerana terlalu lapar.

Tiba-tiba ada sahabat memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w. menyuruh aku pergi ke rumahnya. Menerima jemputan itu tiba-tiba tubuh aku menjadi segar, kerana lazimnya jika Rasulullah saw menjemput kami ke rumahnya bererti ada makanan yang hendak dihidangkan kepada kami." (ms 35)

"Begitulah Rasulullah s.a.w. Bukan baginda tidak mampu. Kalau baginda mahu, bukan baginda tidak mampu untuk mengadakan lantai yang beralas atau membina rumah yang besar dan mewah sekalipun. Baginda mampu mengadakan semua itu, kalaulah itu yang baginda pilih. Tetapi baginda tidak memilih yang itu."

Meneruskan pemikiran itu di hari-hari Ramadan al-mubarak, saya jadi bertambah yakin bahawa corak hidup kita sudah jauh terpesong dari landasan yang ditunjukkan Nabi. Jauh betul terpesongnya. Dan rupa-rupanya inilah yang selalu ditekankan Tok Guru Nik Aziz dalam kuliah-kuliah dan juga dalam kepimpinannya.

Tepat sekalilah beliau bertanya Ketua Audit Negara yang menegur jabatan dan agensi kerajaan Kelantan "tidak menunjukkan kemajuan ketara". Kata Nik Aziz: "Saya nak tahu apa definisi maju tu dulu. Ukuran maju ke tak maju ni dikira dari mana." Soalan itu sebenarnya untuk difikirkan oleh semua orang hari ini

.

Artikel ni menceritakan tentang kisah hidup nabi junjungan kita, yg sepatutnya kita teladani, kasihi dan contohi....

Ada dua persoalan selepas membaca artikel ni..

1) Adakah hidup kita ni mengikut landasan yg di tunjukkan oleh nabi muhammad s.a.w junjungan kita? Atau sebenarnya jauh terpesong darinya?

2) Apakah yg di takrifkan dengan kemajuan?

Dlm artikel ni membicarakan tentang betapa rasulullah s.a.w selalu sahaja berlapar kerana tiada makanan...semasa di perang khandaq, masa boikot di mekah dan juga masa2 biasa baginda di rumah...

Kita pulak? bukak puasa best2...macam2 adaaa...erm, rasa bersalah pulak...kengkadang tu sampai membazir sebab banyak lebih, kita masak sket, org tu bagi sket, org ni bg sket...so last2 basi dan kene buang....teruknya rasa!

Mari2 kita berazam makan sederhana sahaja, masak ala kadar...begitu juga dengan raya nanti, tak payah lah berlebihan sgt2... tapi ye la bagus menjamu tetamu, tapi buat diri sendiri, bersederhanalah..

------------------------------------------------------

Pasal kemajuan lak... apa agaknye respon semua pembaca kat sini... apakah ukuran kemajuan?

Sekadar renungan di pagi hari.......

Syurga



Hehe, percubaan buat komik... sori la koman2 je ayat..nak cepat semalam..kalu ada masa lagi akan buat series komik2 ni, inshaAllah

Ana muslim - peminat komik :D

Tuesday, 16 September 2008

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT

Assalamualaikum wrt,

wah..wah.. ciknita, bukan main aktif menulis hari ni.. *wink*

Dua tiga hari lepas ciknita dok tanya anak angkat ciknita apa makna doa qunut yang kita baca masa sembahyang subuh tu. Selama hari ciknita baca, tak paham pun apa maknanya.


Entry kedua ciknita ni, ciknita nak kongsi makna bacaan dalam solat supaya dapat kita hayati maknanya dalam memperkasakan lagi ibadah solat kita, InshaAllah. Mogalah diberikan olehNya nikmat kusyuk dalam mengerjakan solat. Ameen.


Allah Maha Besar( Takbiratulihram)

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha suci Tuhanku yang Maha mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujiNya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci Tuhanku yang Maha tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah,
ampunilah daku,
rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku
dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya .


excerpts from:
http://amirhk.wordpress.com/2008/07/12/asal-usul-solat-makna-bacaan/#more-183




nota: errmmm.. dah habis separuh bulan ramadhan, cepatnya ia berlalu. Kita ni dalam dok sibuk pikiaq apa nak masak utk berbuka, harap2 muhasabah sama banyak mana dah amalan kita di bulan mulia ini. (ciknita peringat diri sendiri yg lebih ni pasai setiap kali nak berbuka berazam takmau makan byk... masuk ja waktu, ciknita pulun semacam. Sat ni nak terawih mula la berat mata. MashaAllah, nak kena piat telinga ciknita ni)

VCD - Sang Murabbi


Assalamualaikum wr wbt,

Alhamdulillah sebahagian VCD Sang Murabbi telah ada utk jualan. Harga GBP 6.00 per unit . Kepada yg berminat boleh sila tulis dalam komen di bawah ini....

VCD akan dikira ditempah hanya setelah pembayaran dibuat. Pembayaran boleh bagi kepada Jie (Fauziah Toha) atau Ida (Norida Minhaj)...

VCD ni sesuai dimainkan menggunakan VCD player. Utk yg ingin menggunakan laptop atau desktop sila download VLC Media player.

Trailer filem ini... http://dakwahilahi. blogspot. com/search? q=sang+murobbi

Tarikh tamat pembelian = Khamis ni, 18 september.

NASHEED PILIHAN (1)



Assalamualaikum wrt,

Posting ciknita simple and cute jerrr... *wink*

Lagu nasheed ni punya lah comel, anak-anak ciknita yg dua orang tu bukan main suka lagi dengar. Depa dok ulang, ulang sambil nak bersiap ke sekolah. Yang menariknyer si kecik ajmal pun makin berselera makan sebab dah bercita-cita nak pegi ke masjid bersembahyang jumaat dgn ayahnya, Alhamdulillah. Berkobar-kobar dia nak cepat besar... ' I want to go to masjid like ayah'.


Ada banyak lagi lagu2 nasheed yg boleh membantu kita mendidik anak2 supaya mengenal dan mendekati Allah. Cuba2lah kita tolong search tengok utk anak2 kita yg sedang membesar nih, daripada depa dok main games je kat komputer ada baiknyer kita manfaatkan utk tujuan kebaikan ke jalan yg diredhai oleh Allah. InshaAllah. (ni ciknita peringat kat diri sendiri sama..hihi)



nota: ciknita tulis ada campur bahasa macam2 negeri, almaklumlah... kacukan. hehehe.. :P
Sapa yg tak buleh nak tangkap, habaq mai na.

Hari ini...Langkah pertama

Assalamualaikum wrt..
Setinggi-tinggi rasa kesyukuran saya pada yang Maha Mencipta kerana pada ketika dan detik ini saya masih merasa nikmat iman dan islam dan terpanggil untuk bersama sahabat-sahabat yang inginkan redhaNya seterusnya berusaha menegakkan syariat Allah didalam diri dan di muka bumi ini.

Bukanlah sesuatu yang mudah semudah lidah melafazkannya...
Ya Rabbi bimbinglah kami..
dan sekiranya diriku lalai dan leka sahabat-sahabat sekalian ingatkanlah diri ini.
Hari ini ...Langkah pertama...

Lagi tentang Allahyarham Pakcik Omar

Salam…

nak share jugak rasa sedih bila dengar berita kematian ni…dah lama jugak tak dengar berita kematian org2 yg kita kenal..macam pakcik Omar (panggilan manja utk Mr. Omar…)…still terngiang2 lagi cakap2 dia..selalu je cakap ‘Allah Ma’akum’…doakan kami sekeluarga bila bertemu..sebut nama Allah selalu sangat…dah berusia..bertongkat tapi masih larat jalan..awal bulan mesti dia ketuk kutip duit sewa…

Last sekali tengok dia masa hari Ahad pagi..terus je bayar duit sewa padahal belum pun masuk bulan 9..abe bg tahu dia saya dah sarat..mulalah dia mendoakan kami sekeluarga..seronok je bila dengar org doakan kita kan..sebelum tu..nampak dia ngan isteri dok potong pokok depan rumah bawah ni…seronok je tgksuami isteri..dok kerjakan pokok yg dah menjalar smpai kerumah sebelah tu..

Terus je teringat kat bapak di kampung..yang hampir seusia ngan allahyarham pakcik omar…saya pernah ckp kat pakcik omar..dia sebijik mcm bapak saya..kecik2 sama mcm tu..esok nak call bapak lah..tanye kabar..

bila dengar ttg org meninggal je..terus meremang..takut…mcm2 rasa dlm hati..mcm mana kalu tiba giliran kita pulak..Ya Allah..masih mentah amalan yg dibuat…apatah lg bakti yg dicurah…hanya harapkan RahmatMu..

Sama2 kita doakan agar beliau ditempatkan di kalangan org2 yang soleh..ameen…

Marilah kita sama2 sedeqahkan AlFatihah untuk nya.

Takziah buat keluarga Allahyarham..

Jom kita sama2 hayati nasyid ttg Last Breath ni…moga dgn kematian akan mengingatkan kita…bhw kita ni takde apa sebenarnya..semua kene bg balik pada Allah…kita pergi pun sehelai sepinggang..

http://www.youtube.com/watch?v=7IILr6YhBLo

wassalam

Written by Puan sal


Takziah buat keluarga MR. Omar

Innalillahi wainna ilaihi rajiun…

Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali…..

Sama2 kita sedekahkan Alfatihah buat Mr. Omar yg telah pergi Ahad lepas…

————————————————————————————

Sedih rasanya, tak dapat digambarkan dalam hati ini..

Masih terbayang2 lagi perbualan kami Sabtu lepas, sehari sebulan beliau meninggal dunia..rumah kami ada kebocoran di siling, maka, beliau pun datang bersama isteri, kedua-duanya kelihatan sihat dan gembira…Seperti biasa, zikrullah di bibir beliau mengatakan, inshaAllah, all will be fine…dan dia berjanji akan datang semula pada keesokan harinya (hari Ahad) utk melihat sama ada masih ada kebocoran atau tidak…(Mr. Omar adalah landlord kami)

Tiba hari ahad, kami menunggu tetapi Mr. Omar tak juga tiba…tiba2 hari ini mendapat berita bahawa Mr. Omar sudah pulang ke sisiNya pada hari Ahad..Subhanallah, perancangan Allah yang Maha Kuasa…

Perasaan bersalah kerana tidak sempat meminta maaf darinya…tapi kami doakan moga2 dia ditempatkan bersama roh2 org2 yg soleh.. ameen…

Peringatan buat kita semua juga…kita tidak tahu bilakah saat dan hari kematian kita….entah esok, entah lusa…adakah kita bersedia untuknya?

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (185)

Ya Allah,tunjuki lah kami hidayahMu, bimbinglah kami dalam mencari redhaMu, Matikanlah kami dalam penuh keimanan kepadaMu, Berilah kami syurga Firdausi tertinggi Mu, Jauhkanlah kami dari api nerakaMu..

ameen

Sleepy lizard


Hari tu duk tengok documentary tv kat BBC about lizards seantero dunia… lizard ni kategori cicak dan juga biawak..

Subhanallah macam2 jenis lizard ada, dari yg kalerful, kepada yg duk dalam tanah sahaja, kepada yang pandai melompat dan ada juga lizard yg tak bertelur, tapi lahir anak terus macam mamalia!

Kagum betul… and kekaguman kepada pengkaji2 lizard ni..tak jemu, tak bosan ..terus sabar memerhati dan terus memerhari lizard2 tersebut…sampai la cite kita kepada Sleepy Lizard yg dalam gambar diatas ni..Sleepy lizard ni hanya boleh didapati di Australia..

Apa yg speselnya? well Sleepy lizard ni seperti nama nya mmg asyik mengantuk, keje dia tiap2 hari tido je, lagi2 la kalau tahu ada org memerhatikannya…tu menurut seorang researcher yg dah berpuluh2 tahun kejenya memerhatikan lizard ni…istimewanya juga ekor lizard ni seolah2 kepalanya, so that predator akan salah assume tu kepalanya..so kalau ekor nye sahaja yg kene ngap, ia masih lagi boleh hidup…hebat betul ciptaan Allah ni kan?

Yang paling paling la top class pasal sleepy lizard ni ialah….jeng jeng jeng… setelah lizard ni dewasa dan mengawan, lizard ni tak pernah bertukar pasangan!! yes, pasangannya sama la, sejak mula2 bercinta dulu (kawin jugak kot hehe)…researcher tu cakap, dia tag lizard tu, setiap musim mengawan, kedua2 pasangan lizard akan berjumpa di tempat yg lebih kurang sama utk mengawan, lepas tu lizard2 ni akan berpisah cari haluan masing2 until lah the next musim mengawan…dan dia jumpa lizard yg telah setia bersama selama 10 tahun, dan juga ada pasangan yg 20 tahun!! Bukan setakat itu sahaja, kalau pasangannya mati, yg jantan / betina tu akan duk la tepi mayat kawannya tu beberapa hari seolah2 berkabung….subhanallah, hebatnya Allah ciptakan binatang ni sebagai tempat pondering kita…

Manusia pun belum tentu leh bersama selamanya… ada yg duk tukar2 pasangan macam pakai baju… tak ke depa malu kat sleepy lizard ni? Yg tak berakal, tak berohani, tapi mengekalkan fitrah yang Allah bagi kat mereka…binatang pun pandai tahu erti setia..dan semuanya ini membenarkan firman Allah di bawah ini… bagaimanakah manusia boleh menyangkalnya lagi??

Dan katakanlah, “Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamukerjakan.” (QS. An Naml : 93)

Allah itu Maha Besar, Maha Hebat…

Selamat Datang

Assalamualaikum wr wbt,

Mengapa blog ini di buat? Tujuannya ialah semoga ilmu2 yg kita perolehi dari daurah2 ke, ceramah2 ke, usrah2 ke dapat di kongsi bersama kepada jutaan mad’u di luar sana…

Moga usaha yg kecil ini diganjari Allah dengan pahala yg berganda2…

Moga usaha ini di kira sebagai pemberat di hari pembalasan kelak..ameen….

Salam sayang,

Ana Muslim