Thursday 9 October 2008

Ramadhan yang lalu...

Assalamualaikum wrt,
Ramadhan yang lalu banyak kisah suka dukanya..Sesuatu yang berlaku tanpa diduga..
Bagi saya dan terutama warga Sheffield begitu terasa...

Ia berlaku kepada anak-anak usrah saya. Saya mengenali mereka dengan lebih rapat apabila saya berusrah bersama mereka. Ramadhan kali ini begitu menguji kesabaran dan ketabahan...kepada kak Niza dan kak Zu.

Masih teringat, awal Ramadhan anak kakNiza, baby Irfan yang berumur lebih kurang 8 bulan dimasukkan ke hospital kerana kakinya bengkak tanpa tahu punca sebenarnya. Begitu runtuh dan pilu hati seorang ibu bila anak yang tidak mengerti apa-apa ditahan dihospital dan pelbagai ujian dilakukan keatas tubuh yang kerdil itu..
Kak Niza hingga ke hari ini masih menanti dengan sabar dan setia menemani anakanda Irfan di hospital.

Kemudian selang seminggu warga Sheffield sekali lagi dikejutkan dengan anak Kak Zu iaitu adik Farhan yang dimasukkan ke hospital kerana pendarahan otak. Ya Allah besarnya ujianMu kepada hamba-hambamu ini. Saat yang begitu getir dirasai oleh seluruh warga Sheffield dan apatah lagi hati seorang ibu. Ya Allah kau berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada kak Zu.

Dan didalam Ramdhan kali ini juga Allah menguji sahabat saya iaitu kak Yati. Bonda yang tercinta yang jauh daripada pandangan mata telah mengalami kemalangan dan mengalami beberapa komplikasi yang agak besar. Pilunya rasa dihati....
Hanya doa dan harapan kami panjatkan kepada Ar Rahman supaya segalanya dipermudahkan dan dikurniakan ketabahan kepada kak Yati.

Dan setelah menjelangnya Syawal, Allah telah mengambil ayahanda tercinta Dr. Murni secara tiba-tiba.....Inna lillahi wa inna ilahi raji'un.

Bersama kita berdoa semoga baby Irfan, adik Farhan dan bonda kak Yati cepat sembuh seperti sediakala. Dan al Fatihah kepada ayahanda Dr. Murni dan semoga ditempatkan bersama mereka yang soleh.

Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...dan peringatan untuk kita juga.

2 comments:

ana muslim said...

so true... peringatan buat kita juga...

cahayajannah said...

ya Allah, semalam saya, ana muslim dan jie..sama-sama lutut bertemu lutut dan kami bersama-sama membaca surah Al Hadid, dan ayat yang sangat tersentuh pada kami,
Allah berfirman
yang bermaksud

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (22)

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (23) Surah Al Hadid"

Dan hari ini...11/10
Allah menduga Jie
Aisyah dimasukkan ke hospital...

Ya Allah....kuatkanlah jiwa kami dengan iman dan ketabahan dalam mengharungi segala ujian dan dugaan didunia ini.