Showing posts with label berita terkini. Show all posts
Showing posts with label berita terkini. Show all posts

Sunday, 22 February 2009

Ummahatus Sheffiely





Tahniah buat kumpulan nasyid Ummahatus Shefily diatas anugerah Best Performance award untuk Pertandingan Nasyid NISE 2009 di Leeds baru-baru ini..

Mereka telah menyanyikan lagu Untukmu Palestin dan juga My mother...sangat berkorbar2...dan solo buat My Mother adalah Safiyyah, anak kak Nita...

Tahniah juga buat group nasyid Undergrad drp Sheffield...tahniah atas participation anda..

Moga dengan ini menyemarakkan lagi dakwah di Sheffield, inshaAllah!

Thursday, 8 January 2009

Tuesday, 6 January 2009

Gaza Gaza We are with You

More children among Gaza dead



Dengarlah jeritan seorang ayah... Hasbiyallahu wa ni'mal wakeel... Cukup lah bagiku Allah sebagai penolong....

Gazans flee homes and seek refuge in UN schools - 05 Jan 09



And yet kita bersenang- senang di sini? Ya Allah ampuni lah kami kerana tidak bersama-sama mereka mempertahankan Palestin...

Imran Garda interviews Yuval Steinitz - 04 Jan 09




Zionis Laknatullah.. Laknat Allah kepada mereka!!!

Sunday, 12 October 2008

Innalillahi wainna ilahi rajiun....

Sesungguhnya dari Allah kami datang, dari Allah kami kembali....

Di sini kami seluruh warga usrah dan juga bagi pihak Majlis Syura Muslimun (MSM) Sheffield mengucapkan takziah buat kak yati sekeluarga di atas kepulangan bonda tercinta ke rahmatullah pagi ahad tadi....

Moga Kak yati sabar dan tabah menghadapi dugaan yang di berikan Allah buat hamba-hambanya yang di kasihi...sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hambaNya...

Moga arwah ibunda di tempatkan bersama roh2 orang soleh dan diganjari syurga...ameen..

Moga Kak Yati tergolong di kalangan mereka yang di sebutkan Allah dalam ayat di bawah :

“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya: dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya”. (Surah Al-Baqarah: 156-157)

Salam sayang buat Kak Yati....

Tuesday, 16 September 2008

Lagi tentang Allahyarham Pakcik Omar

Salam…

nak share jugak rasa sedih bila dengar berita kematian ni…dah lama jugak tak dengar berita kematian org2 yg kita kenal..macam pakcik Omar (panggilan manja utk Mr. Omar…)…still terngiang2 lagi cakap2 dia..selalu je cakap ‘Allah Ma’akum’…doakan kami sekeluarga bila bertemu..sebut nama Allah selalu sangat…dah berusia..bertongkat tapi masih larat jalan..awal bulan mesti dia ketuk kutip duit sewa…

Last sekali tengok dia masa hari Ahad pagi..terus je bayar duit sewa padahal belum pun masuk bulan 9..abe bg tahu dia saya dah sarat..mulalah dia mendoakan kami sekeluarga..seronok je bila dengar org doakan kita kan..sebelum tu..nampak dia ngan isteri dok potong pokok depan rumah bawah ni…seronok je tgksuami isteri..dok kerjakan pokok yg dah menjalar smpai kerumah sebelah tu..

Terus je teringat kat bapak di kampung..yang hampir seusia ngan allahyarham pakcik omar…saya pernah ckp kat pakcik omar..dia sebijik mcm bapak saya..kecik2 sama mcm tu..esok nak call bapak lah..tanye kabar..

bila dengar ttg org meninggal je..terus meremang..takut…mcm2 rasa dlm hati..mcm mana kalu tiba giliran kita pulak..Ya Allah..masih mentah amalan yg dibuat…apatah lg bakti yg dicurah…hanya harapkan RahmatMu..

Sama2 kita doakan agar beliau ditempatkan di kalangan org2 yang soleh..ameen…

Marilah kita sama2 sedeqahkan AlFatihah untuk nya.

Takziah buat keluarga Allahyarham..

Jom kita sama2 hayati nasyid ttg Last Breath ni…moga dgn kematian akan mengingatkan kita…bhw kita ni takde apa sebenarnya..semua kene bg balik pada Allah…kita pergi pun sehelai sepinggang..

http://www.youtube.com/watch?v=7IILr6YhBLo

wassalam

Written by Puan sal


Takziah buat keluarga MR. Omar

Innalillahi wainna ilaihi rajiun…

Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali…..

Sama2 kita sedekahkan Alfatihah buat Mr. Omar yg telah pergi Ahad lepas…

————————————————————————————

Sedih rasanya, tak dapat digambarkan dalam hati ini..

Masih terbayang2 lagi perbualan kami Sabtu lepas, sehari sebulan beliau meninggal dunia..rumah kami ada kebocoran di siling, maka, beliau pun datang bersama isteri, kedua-duanya kelihatan sihat dan gembira…Seperti biasa, zikrullah di bibir beliau mengatakan, inshaAllah, all will be fine…dan dia berjanji akan datang semula pada keesokan harinya (hari Ahad) utk melihat sama ada masih ada kebocoran atau tidak…(Mr. Omar adalah landlord kami)

Tiba hari ahad, kami menunggu tetapi Mr. Omar tak juga tiba…tiba2 hari ini mendapat berita bahawa Mr. Omar sudah pulang ke sisiNya pada hari Ahad..Subhanallah, perancangan Allah yang Maha Kuasa…

Perasaan bersalah kerana tidak sempat meminta maaf darinya…tapi kami doakan moga2 dia ditempatkan bersama roh2 org2 yg soleh.. ameen…

Peringatan buat kita semua juga…kita tidak tahu bilakah saat dan hari kematian kita….entah esok, entah lusa…adakah kita bersedia untuknya?

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (185)

Ya Allah,tunjuki lah kami hidayahMu, bimbinglah kami dalam mencari redhaMu, Matikanlah kami dalam penuh keimanan kepadaMu, Berilah kami syurga Firdausi tertinggi Mu, Jauhkanlah kami dari api nerakaMu..

ameen