Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Sunday, 18 January 2009

Ukhuwwah Get ToGether Chaman


First of all, Alhamdulillah, All praise to Allah yang menjayakan majlis ukhuwwah kita di restoran Chaman baru-baru ini...

Jazakumullahu khayran kepada semua yg terlibat menjayakannya...moga Ukhuwwah ini akan berkekalan hingga ke syurga ameen...

Nanti ada2 masa saya update lagi gambar disini...bagi sesiapaa yg tak mahu gambarnye disiarkan , please let me know, i will take it out :)




Reramai


Di sini juga saja nak post surat cinta Kak Yati kepada Azie...took it from azie nye blog... menitis air mata azie baca...bila saya baca pun menitis air mata...betapa ikhlasnya kata-kata beliau... saja nak kongsi ngan kawan2 (sila klik pada surat utk membesarkan nye)...sapa2 ada surat cinta yg nak saya paparkan disini please let me know!



Nasyid Ukhuwwah Fillah buat semua


Ukhuwah Fillah - Suara Generasi

Salam sayang buat semua,
Fadzlin



Assalamualaikum wr wbt my dearest sisters,

From the bottom of my heart...

Thank you for a lovely time,
Thank you for your laughs and smiles,
Thank you for your cheerful faces,
Thank you for your patience and respect,

Most importantly,
Thank you for your love and support,
Thank you for being there..always,
And..
Thank you for being somebody..
That I love just for the sake of Allah....

Jazakillahu khayran to Kak nita for organizing the occasion, Yati + linda for preparing the lovely frames, Kak Su for the hearfelt tazkirah, Sal for the inspiring doa and all of you for being there....

For those yg tak berkesempatan join malam tadi, all of us missed u, and inshaAllah hopefully we will meet in the next occasion..

Ikhlas,
Fadzlin

Thursday, 8 January 2009

Thursday, 9 October 2008

Promosi Perhimpunan Musim Sejuk 2008 !!


Biography

British-born, award-winning journalist Yvonne Ridley is well known in the Muslim world for her outspoken views and defence of Islam. She endeared herself to the Muslim community in Britain when she reverted to Islam 30 months after making international headlines when she was captured by the Taleban on an undercover assignment in Afghanistan. She was a senior reporter of the Sunday Express at the time, having spent nearly 10 years in Fleet Street working for several prestige titles including The Sunday Times, The Observer, Daily Mirror and Independent on Sunday...


Wednesday, 8 October 2008

Kelahiran Cahaya Mata




Alhamdulillah, sahabat kita Salmiah Ahmad telah selamat melahirkan seorang putera di The Jessop Wing Maternity Hospital pada jam 4.19 pagi tadi bernama Muhammad Sallehuddin. Semoga dengan kehadiran cahayamata ini dapat menambahkan seri dan kecerian keluarga Mahathir, Salmiah dan Maisarah.

_____________________________________________________________________

Wednesday, 1 October 2008

Takziah buat Cik Azimah sekeluarga

Nenek sahabat kita, saudari Azimah (juga dikenali dgn nama azie) telah meninggal dunia semalam...

Moga Allah mencucuri rahmat kepada nenek azie dan menempatkannya bersama orang2 yang soleh...

sama2 kita sedeqahkan al fatihah buat beliau...

Dan yg terbaik adalah doa2 dan sedeqah2 dari anak2 cucu yg soleh...inshaAllah..

Di kongsi bersama hadith di bawah :


Finding Contentment after the Death of a Loved One

Hadith - Al-Muwatta 16.43

Yahya related to me from Malik from Yahya ibn Said that al-Qasim ibn Muhammad said, "One of my wives died and Muhammad ibn Kab al Quradhi came to console me about her. He told me of one among the Bani Israil who was a diligent, worshipping, knowing and understanding man who had a wife that he admired and loved, and she died. He grieved over her intensely and lamented her until he withdrew into a house and locked himself in, hidden from everyone, and no-one visited him.

A woman heard about him and went to him, saying, 'I need him to give me an opinion. Nothing will satisfy me except what he says about it.' Everyone went away, but she stuck to his door and said, 'I must see him.' Someone said to him, 'There is a woman who wishes to ask your opinion about something,' and she insisted, 'I will only talk to him about it.' When everyone had gone away, and she still had not left his door, he said, 'Let her in.' So she went in and saw him and said, 'I have come to ask your opinion about something.' He said, 'What is it?'

She said, 'I borrowed a piece of jewellery from a neighbour of mine, and I have worn it and used it for a long time. Then they sent to me for it. Should I let them have it back?' He said, 'Yes, by Allah.' She said, 'I have had it for a long time.' He said, 'It is more correct for you to return it to them, since they have lent it to you for such a long time.'

She said, 'Yes. May Allah have mercy on you. Do you then grieve over what Allah has lent you and then taken from you, when He has a greater right to it than you?' Then he saw the situation he was in, and Allah helped him by her words."


Moga Azie dan keluarga tabah menghadapinya...

Minal Aidil wal Faizin............

Monday, 29 September 2008

Ceramah Ustaz Mazlee di IC semalam..

Assalamualaikum...

Sahabat2 yg dikasihi..

Terlebih dahulu semoga Kak Yati dan keluarga tabah hadapi ujian Allah dalam bulan penuh barakah ni...Semalam ada jumpa Kak Yati kat IC, tapi maybe saya tak alert pasal ni lagi...minta maaf Kak Yati..

Entry ni saja nak share ceramah semalam....Che Sal tak turun tolong masak pun..terus ke IC je..minta maaf ye shbt2...apa2 pun tahniah atas hidangan yang ummpp....siapla lepas ni Pak Arab order dr Chef2 kita utk iftar or jamuan..

Basically ceramah semalam...walaupun tajuknye Feqah Luar Negara..tp bak kata ustaz sendiri..sume tu boleh dibaca dlm buku dia..hehe..terus ceramahnya melencong sana sini..tapi mmg sangat berinti pati dan bg saya amat penting untuk meneydarkan kita sbg org mukmin..


Seingat saya...dalam byk2 point penting tu....manusia ni tergolong dalam 3 golongan...Yang pertama golongan nabi dan rasul yg Maksum; kedua golongan yg di'pegang' oleh syaitan..yg mana kalau takde syaitan pun dia act lebih teruk dari syaitan..dan yg ketiga golongan MUKMIN...kita lah org yang termasuk dalam golongan ni..yang mana Iman kita turun naik..kalau kita dekat ngan Allah..naiklah iman kita..sebaliknya kalau kita ada buat dosa..turunlah iman kita..apa2 pun..strive utk kembali ke jalan Allah itu yg amat penting..

Kata ustaz lagi..

Dalam jiwa kita ni..kejahatan dan kebaikan wujud dalam satu wajah..iaitu kita..
Perwatakan kita akan lahir ikut mana yg lebih dominant..jahat or baik...sbb itulah fitrah manusia...apa yg penting sekali mcm mana nak control yg baik supaya lebih dominant..
Ustaz kata..mula2 wujudnya unsur kejahatan ni..ialah bila mana syaitan takmo sujud pada Adam yg Allah lantik jd khalifah di muka bumi ni...(Surah Albaqarah, 30-39), Dengan penangguhan balasan neraka yg syaitan mintak pada Allah utk cari geng masuk neraka dikalangan manusia..utk main Futsal..kikiki...
maka wujud lah golongan 'Hisbullah' dan golongan 'Hisbusyaitan'...Jadi berhati2 lah dgn tindak tanduk kita di muka bumi ni supaya tak termasuk dlm puak hisbusyaitan..nauzubillah..

Byk kisah2 contoh zaman dulu..yg ustaz beri pasal kebaikan dan kejahatan dalam satu wajah.
Jadi kita jgn rasa bangga kalau kita baik smpai unsur kejahatan boleh berputik dlm jiwa kita..dan jgn pula kita rasa kita ni terlalu jahat smpai tak boleh langsung nak buat sedikit kebaikan...

Apa2pun ustaz kata...and memang logic benda ni...HOW TO CONTROL OURSELVES..supaya kebaikan lebih lebih dominant at all times insyaallah...kalau kita dah terlanjur dgn dosa..cepat2lah kita kembali pada Allah..sebab Allah tu Maha Tahu...dan Maha Pengampun selagi kita tak mensyirikkan Allah...

Banyak lagi yg Ustaz point out..yg mampu saya ingat skrg hanya yg tertulis diatas..dan saya pun smpai 30 minit lambat drpd ceramah start...
So sahabat2 yg ada take note point2 lain..bolehlah share ngan kami sekalian...

Yg baik tu sesungguhnya dtgnye dari Allah..dan yg buruk itu dr saya hamba yg hina ini..

*****
Terasa nak buat controller mcm mana nak control jahat/baik..disebabkan student Automatic Control & Systems Engineering ni..
hehehheee

Emak Kak Yati

Dari pena Kak Aryati.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum...

akak nak memohon maaf seribu kemaafan samada zahir dan batin

di samping itu, akak memohon, supaya kita sama2 mendoakan kesejahteraan mak akak dan dipermudahkan oleh Allah. Ya Allah, kau yang maha mengetahui, jangan kau memberikan bebanan yang tak mampu untuk mak aku tanggung..amin

Mak akak jatuh sendiri..naik motor...ada org kata langgar tiang lampu..banyak organ2 dlm yg problem..jantung..paru2...bahu patah..tulang rusuk..patah...entah kalau ada yg lain sbb dr cek ...kalau mak kata dah sakit

Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah dan doa semua rakan2 dapat mempermudahkan bebanan yang mak akak tanggung..

wasalam...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Moga Allah menyembuhkan mak akak dan mengurniakan kesihatan yang sempurna...Moga akak tabah menghadapi dugaan ini...perlukan apa2 pertolongan, bagitahu je kami semua...

JOM!! Perhimpunan musim sejuk 2008




Winter Retreat 2008
Experience The Difference
PENGENALAN
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Winter Retreat 2008 kembali lagi, dengan aktiviti dan pengisian yang lebih menarik, mencabar serta memupuk semangat dan ukhuwwah Islamiyyah.

TARIKH & MASA
Brothers : 20 - 23 Disember 2008
Sisters : 23 - 26 Disember 2008

LOKASI
Loch Lomond Youth Hostel, Scotland

Sama2 kita jayakan!

Wednesday, 24 September 2008

Ceramah Fekah Luar Negara


Assalamualaikum wr wbt pengunjung2 dari sheffield....

Semua di jemput hadir ke ceramah ' berkenaan tentang Feqah Luar Negara' yang membicarakan tentang soal2 feqah semasa kita berada di UK ni...


Sudah pastinya banyak soalan2 Feqah yg kita tak pasti selama ini...Maka inilah masanya untuk kita menadah secangkir ilmu dengan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA).



Soalan2 seperti :

1) Bolehkah saya jamakkan solat saya di musim panas, jika ya, kenapa? Dan bagaimana pula dalam musim sejuk?

2) Sejuk bangatla UK ni, bolehkah saya amik wuduk tanpa buka stokin saya?

3)Saya ada kawan india yg kata dia duk jamak solat sepanjang tahun...erkkk boleh ke?
Dan pelbagai soalan2 lagi....

So, apa lagi sahabat2 semua, jangan lepaskan peluang keemasan ini...menemui penulis buku Feqah Luar Negara, Ustaz Maszlee Malik yang juga seorang aktivis palestin...


Apa ye details nye?

Hari : Ahad ini (28 September)
Jam : 2 petang

Tempat : Islamic Centre (IC) di Muslim welfare house , sheffield
Alamat :
10 - 12 Severn Road, Broomhill ,Sheffield S10 2SU

Di jemput juga saudara2 untuk bersama2 berbuka puasa di masjid, inshaAllah menu yg menarik akan disediakan :)


Thursday, 18 September 2008

Sumbangan anda di bulan mulia ini...

Assalamualaikum wrt,

Apa khabar semua..moga-moga berada didalam keadaan ceria dan sejahtera imannya.lebih-lebih lagi dalam bulan Ramdhan yang mulia ni..
Teringat saya masa ustaz dari nott datang masa iftar di PMC...
"Ramadhan adalah makhluk Allah, dakapilah dan dampingilah ia dengan sungguh-sungguh kerana pasti tiba masanya ia akan meninggalkan kita. Anggaplah Ramadhan ini Ramadhan terakhir untuk kita"

Di sini juga saya ingin mewar-warkan bahawa kita akan membuat satu program sambutan untuk adik-adik undegrade yang akan sampai di Sheffield dalam beberapa hari lagi...
So...nak bagi adik-adik ni rasa happy dan mengubat rindu mak dan ayah yang ditinggalkan di Ma'sia kami ingin memberi mereka starter pack makanan....mcm beras cket, gula cket..dan lain-lain.

Maka disini saya membuka kepada sahabat-sahabat semua untuk sponsor mana-mana bahan yang boleh...untuk 50 org. Mungkin kita boleh beli jumlah yang besar kemudian kita repack cantik-cantik..

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

1. Beras
2.Teh

3.Gula
4.Garam
5.Bawang besar
6.Sardin
7.Biskut/Coklat
8. Bawang putih

Jika ada yang ada cadangan lain sangat dialu-alukan..Dan bolehlah bagi komen atau hantar kat email.

Sekian,salam sayang untuk semua.

p/s tinggal seminggu lagi jer..Ramadhan kan pergi....

Tuesday, 16 September 2008

VCD - Sang Murabbi


Assalamualaikum wr wbt,

Alhamdulillah sebahagian VCD Sang Murabbi telah ada utk jualan. Harga GBP 6.00 per unit . Kepada yg berminat boleh sila tulis dalam komen di bawah ini....

VCD akan dikira ditempah hanya setelah pembayaran dibuat. Pembayaran boleh bagi kepada Jie (Fauziah Toha) atau Ida (Norida Minhaj)...

VCD ni sesuai dimainkan menggunakan VCD player. Utk yg ingin menggunakan laptop atau desktop sila download VLC Media player.

Trailer filem ini... http://dakwahilahi. blogspot. com/search? q=sang+murobbi

Tarikh tamat pembelian = Khamis ni, 18 september.