Innalillahi wainna ilaihi rajiun…
Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali…..
Sama2 kita sedekahkan Alfatihah buat Mr. Omar yg telah pergi Ahad lepas…
————————————————————————————
Sedih rasanya, tak dapat digambarkan dalam hati ini..
Masih terbayang2 lagi perbualan kami Sabtu lepas, sehari sebulan beliau meninggal dunia..rumah kami ada kebocoran di siling, maka, beliau pun datang bersama isteri, kedua-duanya kelihatan sihat dan gembira…Seperti biasa, zikrullah di bibir beliau mengatakan, inshaAllah, all will be fine…dan dia berjanji akan datang semula pada keesokan harinya (hari Ahad) utk melihat sama ada masih ada kebocoran atau tidak…(Mr. Omar adalah landlord kami)
Tiba hari ahad, kami menunggu tetapi Mr. Omar tak juga tiba…tiba2 hari ini mendapat berita bahawa Mr. Omar sudah pulang ke sisiNya pada hari Ahad..Subhanallah, perancangan Allah yang Maha Kuasa…
Perasaan bersalah kerana tidak sempat meminta maaf darinya…tapi kami doakan moga2 dia ditempatkan bersama roh2 org2 yg soleh.. ameen…
Peringatan buat kita semua juga…kita tidak tahu bilakah saat dan hari kematian kita….entah esok, entah lusa…adakah kita bersedia untuknya?
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (185)
Ya Allah,tunjuki lah kami hidayahMu, bimbinglah kami dalam mencari redhaMu, Matikanlah kami dalam penuh keimanan kepadaMu, Berilah kami syurga Firdausi tertinggi Mu, Jauhkanlah kami dari api nerakaMu..
ameen
No comments:
Post a Comment