Hari tu duk tengok documentary tv kat BBC about lizards seantero dunia… lizard ni kategori cicak dan juga biawak..
Subhanallah macam2 jenis lizard ada, dari yg kalerful, kepada yg duk dalam tanah sahaja, kepada yang pandai melompat dan ada juga lizard yg tak bertelur, tapi lahir anak terus macam mamalia!
Kagum betul… and kekaguman kepada pengkaji2 lizard ni..tak jemu, tak bosan ..terus sabar memerhati dan terus memerhari lizard2 tersebut…sampai la cite kita kepada Sleepy Lizard yg dalam gambar diatas ni..Sleepy lizard ni hanya boleh didapati di Australia..
Apa yg speselnya? well Sleepy lizard ni seperti nama nya mmg asyik mengantuk, keje dia tiap2 hari tido je, lagi2 la kalau tahu ada org memerhatikannya…tu menurut seorang researcher yg dah berpuluh2 tahun kejenya memerhatikan lizard ni…istimewanya juga ekor lizard ni seolah2 kepalanya, so that predator akan salah assume tu kepalanya..so kalau ekor nye sahaja yg kene ngap, ia masih lagi boleh hidup…hebat betul ciptaan Allah ni kan?
Yang paling paling la top class pasal sleepy lizard ni ialah….jeng jeng jeng… setelah lizard ni dewasa dan mengawan, lizard ni tak pernah bertukar pasangan!! yes, pasangannya sama la, sejak mula2 bercinta dulu (kawin jugak kot hehe)…researcher tu cakap, dia tag lizard tu, setiap musim mengawan, kedua2 pasangan lizard akan berjumpa di tempat yg lebih kurang sama utk mengawan, lepas tu lizard2 ni akan berpisah cari haluan masing2 until lah the next musim mengawan…dan dia jumpa lizard yg telah setia bersama selama 10 tahun, dan juga ada pasangan yg 20 tahun!! Bukan setakat itu sahaja, kalau pasangannya mati, yg jantan / betina tu akan duk la tepi mayat kawannya tu beberapa hari seolah2 berkabung….subhanallah, hebatnya Allah ciptakan binatang ni sebagai tempat pondering kita…
Manusia pun belum tentu leh bersama selamanya… ada yg duk tukar2 pasangan macam pakai baju… tak ke depa malu kat sleepy lizard ni? Yg tak berakal, tak berohani, tapi mengekalkan fitrah yang Allah bagi kat mereka…binatang pun pandai tahu erti setia..dan semuanya ini membenarkan firman Allah di bawah ini… bagaimanakah manusia boleh menyangkalnya lagi??
Dan katakanlah, “Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamukerjakan.” (QS. An Naml : 93)
Allah itu Maha Besar, Maha Hebat…
No comments:
Post a Comment