Wednesday, 29 October 2008

Iman dan Kehidupan



berikut ialah ringkasan yg boleh saya buat
berdasarkn ceramah yang diberikan oleh ustaz mazrul
pada 15 Oktober 2008.

Ceramah ini bertajuk : Iman dan Kehidupan

Point pertama yang ditekankn oleh ustaz dan
sepatutnye mesti dilakukan oleh setiap mu'min
ialah "memperbaharui niat".

Mengapa? Untuk mencapai tahap keimanan yang teratas,
Umat islam perlu mempunyai proses2 :

Niat --> Ilmu --> Kefahaman --> Amalan

Setiap hari, kita digalakkan agar sentiase mentajdidkan niat
atau pun memperbaharui niat kita. Barulah setiap hari
kita akan sedar dan fokus dengan matlamat hidup
kita yang sebenar. Jikalau kita tidak mentajdidkan
niat, kadang2 kita akan lupa dengan matlamat sebenar
mengapa kita berada di dunia ini.
human being rite? kita mudah lupa,lalai, alpa
dan leka. Jadi, dengan mentajdidkn niat,kita secara
automatiknye mengingatkn diri kita sendiri tentang
matlamat kita sehari-harian.

mengapa ini penting?
seperti dalam hadis 40 yang kita pelajari
sebelum ini,

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs,Umar bin
al-Khattab r.a katanya:

"aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
"Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat,
dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa
yang telah diniatkan.Sesiapa yang berhijrah kerana ALLAH
dan Rasulnya, maka hijrahnya itu adalah bagi ALLAH
dan Rasul-NYA.Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang
akan diperolehinya, atau kerana perempuan yang akan
dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang
diniatkan"


As we know, hadis ini adalah paksi kepada putaran islam.
setiap manusia yg hidup di dunia ini, akan dinilai amalnya
berdasarkn niat yang dilafazkan.
adakah semua yang dilakukan kerana ALLAH?
atau kerana sebab2 keduniaan semata2?


Ustaz juga mengingatkn agar kita sentiasa ingat balik,
refresh balik. apa yang kita buat di UK ni?
Kenapa kita perlu bersusah2, berada jauh dari keluarga,
kampung halaman dan sebagainya.
kenapa kita boleh hidup senang di negara sendiri,
tetapi kita memilih utk bersusah2 utk hidup di negara
yagn sejuk beku dan gelap ini? hidup di luar negara,
it is a lonely battle!

kita berada di UK ini KERANA kita sedang menunaikn amanah.
Amanah yang diberikn dan diletakkn oleh penaja kita,
harapan yang diberikan oleh keluarga, seluruh rakyat
Malaysia secara amnya, dan yang paling penting
AMANAH yang diberikan oleh agama kita.

Refresh balik :

DARI MANA KITA DATANG?
KENAPA KITA BERADA DI DUNIA INI?


Demi memastikan kita sentiasa beringat dan melakukan amalan2
soleh, kita perlu ada rasa "kebersamaaan ALLAH"

Bagaimana untuk merasa "kebersamaan dengan ALLAH?

Kita kena sentiasa mengingatkn diri dan PERCAYA
bahawa ALLAH sentiasa NAMPAK dan BERSAMA kita.
Dengan memegang kukuh konsep kebersamaan ALLAH ini,
ia dapat mendidik diri kita untuk sentiasa melakukan
amalan2 yang baik dan diredhai. insyaallah.

Seperti yang tertulis dalam Surah Al-Mujadilah ayat 7 :

"Tidakkah engkau perhatikan, bahwa ALLAH mengetahui
apa yang ada di langit dan apa yang ada dibumi?
Tidak ada perbicaraan rahsia natara 3 orang, melainkan
DIA-lah yang keempatnya. Dan tidak ada lima orang,
melainkan DIA-lah yang keenamnya. Dan tidak ada yang kurang dari itu
atau yang lebih byk, melainkan dia pasti ada bersama
mereka di mana pun mereka berada. Kemudian dia akan memberitahukan
kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan.
Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui segala sesuatu"


Ustaz juga mengingatkan,kita perlu tamak dan berlumba2
mendapatkan pemberian dan hadiah dari ALLAH tentang akhirat
yakni syurga ALLAH dan dalam pada masa yang sama,
jangan dilupakan kehidupan di dunia. Cuma kita perlu
pastikan, matlamat akhirat menjadi priority yang utama.

Seperti yang diceritakan dalam Surah Al-Qashash ayat 77 :

" Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa
yang telah dianugerahkan ALLAH kepadamu, tetapi
janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat
baiklah (kepada org lain) sebagaimana ALLAH telah berbuat
baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di bumi.
Sungguh, ALLAH tidak suka dengan org yg membuat kerusakan"


Semoga kita sama2 mendapat manfaat dengan apa yang telah
dperkatakan.

wallahualam.

disediakan oleh Cik Zulfa

Monday, 27 October 2008

PENCERAHAN BUKAN UNTUK ORANG MANJA

Bismillahirrahmnirahim

Saat saya sedang mengira-mengira betapa betapa banyaknya tanggugjawab yang perlu dilaksanakan, saya bertemu dengan satu penulisan yang membuatkan saya terkedu.

Terkesima...

"Pencerahan bukan untuk orang manja" tajuknya.

.....................................................................................................................

Pencerahan bukan untuk orang manja
Pencerahan bukan untuk orang yang manja.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Da’wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan da’wah hanya untuk mencari calon akhawat sebagai sang isteri,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.

Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta’dil harakh ini dan itu.

Da’wah bukan untuk orang yang ikut liqa hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Da’wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Da’wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Da’wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da’wah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa da’wah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Da’wah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.


......................................................................................

Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.

"saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih.."

Adakah ini petandanya saya terlalu manja?

Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.


Iman muslihah
Isnin, 27 Syawal 1429 Hijriah
9.05 pagi

Saturday, 25 October 2008

febrile seizures

Salam..

memang elok pun kita share sama2 macam anak2 echzema ke, sakit apa2 ke..at least kita sbg parents or parents to be bule prepare mentally. Menurut Dr. Iqbal hari tu, febrile convulsion ni selalunya mmg common untuk budak2 asean yg duduk kat negara sejuk ni. Tapi mmg betul gie kata, jangan basuh anak degan air sejuk masa kena..buka je bajunya biar dia cool of. Maybe kawan2 semua boleh baca kat internet and search for it..tapi sebab saya masih trauma tak habis(sebab face sorang2 dalam keadaan yg menakutkan). .jadi saya rasa baik kita share sama2 spy kawan2 tak hadapi kekejutan jika berlaku perkara sebegini.(nanti semua kata kak yaz ni tak habis2 citer pasal fit..hehehhe)

Can febrile seizures be prevented?

It may seem logical that if you keep a child's temperature down during a feverish illness it may prevent a febrile seizure. However, there is little scientific evidence to prove that this is so. (It is unclear what triggers the seizure. It is possibly some body chemical that is released during certain feverish illnesses rather than the temperature itself. Most children with a high temperature do not have a seizure.) However, it is common practice to keep a child cool when they have a feverish illness. This will make them feel more comfortable. Therefore, if a child appears hot, then the following will help to reduce the temperature:

  • Keep the child very lightly dressed, or take all their clothes off if the room is warm.
  • Give paracetamol, (for example, Calpol, Disprol, etc), or ibuprofen.
  • Give lots of cool drinks.

What first aid should I do for a febrile seizure?

Note the time it started.

  • Lie the child on their side with their head in line with the body or slightly lower (the recovery position).
  • Do not put anything into their mouth or shake the child.
  • When the seizure stops, try to lower the child's temperature to make them more comfortable. To do this take off their clothes (if the room is warm). Then, when they have recovered enough to swallow, give a drink and some paracetamol or ibuprofen.

What should happen after immediate first aid?

The child should be seen by a doctor as soon as possible after a seizure for a check over to rule out serious illness. However, call a doctor or ambulance urgently if:

  • The child does not improve quickly once a short seizure is over.
  • A seizure lasts more than five minutes (this includes small twitching movements even if large jerking movements have stopped).
  • Another seizure starts soon after the first one stops.
  • The child has difficulty breathing.
  • The child was not fully conscious before the seizure or one hour afterwards.
  • You suspect a serious illness is the cause of the fever, for example, if you suspect meningitis. See leaflet called 'Fever (High Temperature) in Children' for details of symptoms to look out for.

No treatment is usually needed for the seizure itself if it stops within a few minutes. (However, treatment may be needed for the infection causing the fever.)

Sometimes the seizure lasts longer and a doctor may give a medicine to stop it. For example, a doctor may put a medicine called diazepam into the rectum (back passage) or a medicine called midazolam into the side of mouth. These drugs are absorbed quickly, directly into the bloodstream froman within the rectum or mouth, and stop a seizure. Sometimes the parents of children who are prone to recurrent febrile seizures are taught how to use one of these medicines. They are then given a supply to have in case a further febrile seizure occurs.

Lagi satu jika anak2 ni temperature tinggi, jangan biarkan mereka sorang2 kat ruang tamu dan kita sibuk memasak kat dapur ke...sebab takut tiba2 dia fit dan sorang2 masa tu..sentiasa berada di samping anak2 masa high temperature. Walau dia menggigil mcmana pun buka je bajunya..sebab masa alif demam tu..badannya tak panas instead dia sejuk..so kita ingatkan dia kesejukkan tapi rupanya dia panas kat dalam..masa kat hospital pun lepas dah bagi dos pertama, dia tiba2 menggigil lagi..dr kata biar je budak ni berbogel jangan pakaikan apa2....lepas bagi dos kedua bau dia nampak normal, jari jemari dah merah balik instead of biru masa tgh menggigil... Dan rupa2nya dr kata boleh selang seli bagi paracetamol dan ibuprofen selang beberapa jam jika temperature tgh high. Ingatkan bagi salah satu je..rupa2nya dua2 boleh bagi..tapi jgn serentak cuma selang berapa jam. Itulah hikmahnya... .at least byk perkara yg kita tak tahu, sikit2 kita dah tahu..


Kita doakan yang terbaik untuk anak2 ye..Moga Allah lindungi mereka..ameen.


Salam sayang,

kak yaz(pun dah start sakit tekak selesema ni)

Thursday, 16 October 2008

FIQH KEKELUARGAAN



ada beberapa siri, sila la search dlm youtube for the rest of the series...

link dia di youtube http://www.youtube.com/watch?v=oFDBGXHXNhg

Moga leh kita praktik dlm keluarga kita, inshaAllah..

Monday, 13 October 2008

Arwah

Letakkan cursor pada komik utk melihat komik sepenuhnya.

Sunday, 12 October 2008

Innalillahi wainna ilahi rajiun....

Sesungguhnya dari Allah kami datang, dari Allah kami kembali....

Di sini kami seluruh warga usrah dan juga bagi pihak Majlis Syura Muslimun (MSM) Sheffield mengucapkan takziah buat kak yati sekeluarga di atas kepulangan bonda tercinta ke rahmatullah pagi ahad tadi....

Moga Kak yati sabar dan tabah menghadapi dugaan yang di berikan Allah buat hamba-hambanya yang di kasihi...sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hambaNya...

Moga arwah ibunda di tempatkan bersama roh2 orang soleh dan diganjari syurga...ameen..

Moga Kak Yati tergolong di kalangan mereka yang di sebutkan Allah dalam ayat di bawah :

“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya: dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya”. (Surah Al-Baqarah: 156-157)

Salam sayang buat Kak Yati....