berikut ialah ringkasan yg boleh saya buat
berdasarkn ceramah yang diberikan oleh ustaz mazrul
pada 15 Oktober 2008.
Ceramah ini bertajuk : Iman dan Kehidupan
Point pertama yang ditekankn oleh ustaz dan
sepatutnye mesti dilakukan oleh setiap mu'min
ialah "memperbaharui niat".
Mengapa? Untuk mencapai tahap keimanan yang teratas,
Umat islam perlu mempunyai proses2 :
Niat --> Ilmu --> Kefahaman --> Amalan
Setiap hari, kita digalakkan agar sentiase mentajdidkan niat
atau pun memperbaharui niat kita. Barulah setiap hari
kita akan sedar dan fokus dengan matlamat hidup
kita yang sebenar. Jikalau kita tidak mentajdidkan
niat, kadang2 kita akan lupa dengan matlamat sebenar
mengapa kita berada di dunia ini.
human being rite? kita mudah lupa,lalai, alpa
dan leka. Jadi, dengan mentajdidkn niat,kita secara
automatiknye mengingatkn diri kita sendiri tentang
matlamat kita sehari-harian.
mengapa ini penting?
seperti dalam hadis 40 yang kita pelajari
sebelum ini,
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs,Umar bin
al-Khattab r.a katanya:
"aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
"Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat,
dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa
yang telah diniatkan.Sesiapa yang berhijrah kerana ALLAH
dan Rasulnya, maka hijrahnya itu adalah bagi ALLAH
dan Rasul-NYA.Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang
akan diperolehinya, atau kerana perempuan yang akan
dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang
diniatkan"
As we know, hadis ini adalah paksi kepada putaran islam.
setiap manusia yg hidup di dunia ini, akan dinilai amalnya
berdasarkn niat yang dilafazkan.
adakah semua yang dilakukan kerana ALLAH?
atau kerana sebab2 keduniaan semata2?
Ustaz juga mengingatkn agar kita sentiasa ingat balik,
refresh balik. apa yang kita buat di UK ni?
Kenapa kita perlu bersusah2, berada jauh dari keluarga,
kampung halaman dan sebagainya.
kenapa kita boleh hidup senang di negara sendiri,
tetapi kita memilih utk bersusah2 utk hidup di negara
yagn sejuk beku dan gelap ini? hidup di luar negara,
it is a lonely battle!
kita berada di UK ini KERANA kita sedang menunaikn amanah.
Amanah yang diberikn dan diletakkn oleh penaja kita,
harapan yang diberikan oleh keluarga, seluruh rakyat
Malaysia secara amnya, dan yang paling penting
AMANAH yang diberikan oleh agama kita.
Refresh balik :
DARI MANA KITA DATANG?
KENAPA KITA BERADA DI DUNIA INI?
Demi memastikan kita sentiasa beringat dan melakukan amalan2
soleh, kita perlu ada rasa "kebersamaaan ALLAH"
Bagaimana untuk merasa "kebersamaan dengan ALLAH?
Kita kena sentiasa mengingatkn diri dan PERCAYA
bahawa ALLAH sentiasa NAMPAK dan BERSAMA kita.
Dengan memegang kukuh konsep kebersamaan ALLAH ini,
ia dapat mendidik diri kita untuk sentiasa melakukan
amalan2 yang baik dan diredhai. insyaallah.
Seperti yang tertulis dalam Surah Al-Mujadilah ayat 7 :
"Tidakkah engkau perhatikan, bahwa ALLAH mengetahui
apa yang ada di langit dan apa yang ada dibumi?
Tidak ada perbicaraan rahsia natara 3 orang, melainkan
DIA-lah yang keempatnya. Dan tidak ada lima orang,
melainkan DIA-lah yang keenamnya. Dan tidak ada yang kurang dari itu
atau yang lebih byk, melainkan dia pasti ada bersama
mereka di mana pun mereka berada. Kemudian dia akan memberitahukan
kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan.
Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui segala sesuatu"
Ustaz juga mengingatkan,kita perlu tamak dan berlumba2
mendapatkan pemberian dan hadiah dari ALLAH tentang akhirat
yakni syurga ALLAH dan dalam pada masa yang sama,
jangan dilupakan kehidupan di dunia. Cuma kita perlu
pastikan, matlamat akhirat menjadi priority yang utama.
Seperti yang diceritakan dalam Surah Al-Qashash ayat 77 :
" Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa
yang telah dianugerahkan ALLAH kepadamu, tetapi
janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat
baiklah (kepada org lain) sebagaimana ALLAH telah berbuat
baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di bumi.
Sungguh, ALLAH tidak suka dengan org yg membuat kerusakan"
Semoga kita sama2 mendapat manfaat dengan apa yang telah
dperkatakan.
wallahualam.
disediakan oleh Cik Zulfa
1 comment:
jazakillahu khayr cik zulfa :)
Post a Comment