Wednesday, 1 October 2008

Kongsi Ilmu PSP 08 -ceramah ustz Mazlee..

Assalamualaikum wrt,
Salam Aidil Fitri untuk sahabat-sahabat sekalian, Ramadhan telah meninggalkan kita dan mudah-mudahan kita akan bertemu dengannya kembali...buat diri saya...rasa terlalu cepat ia berlalu..dan rasa tak puas...ermm...banyak kelemahan diri saya sebenarnya tu sebab tak dapat menghayati benar-benar Ramadhan.

Sebagaimana yang kita tahu, pada 28 September 2008 yang lalu telah pun berlangsung PSP yang berobjektifkan membina ukhuwah dengan adik-adik undergrade yang baru datang di bumi Sheffield. Di program tersebut dapatlah bertaa'ruf lebih kurang 15 orang adik-adik undergrade dan kebanyakkan mereka start 2nd year kat sheffield. So adik-adik ni steady dan happy , semuanya sporting....

______________________________________________________________________

Ok terus kepada point utama saya menulis kat sini sebab nak share ceramah ustaz Mazlee...yang saya ingat..maaflah masa dengar tu saya tak dapat nak tulis point2 dia, sbb ustaz Mazlee adalah penceramah yang membawa pendengar berfikir dan fikir...not straigth to the point :D

macam cik sal tulis sebelum ni..ustaz tak bg ceramah Fiqh Luar Negara keseluruhannya...kenapa? Sebab kita boleh dapatkannya didalam buku...beli dan baca..
Tapi ustaz berceramah tentang pengalaman hidupnya yang saling berkait dengan Fiqh Luar Negara....:) macam mana dia berkait..itulah kena difikir-fikirkan sendiri...tp kalau yang malas fikir rasa-rasanya lost..hehehe...:D

Kenapa ustaz buat macam ni ? Sebab yang datang kePSP dan yang berada di UK adalah golongan intelektual...so ustaz kenalah gunakan pendekatan yang sesuai, secara intelek.

Ustaz suka guna ayat-ayat yang bombastik,ringkas tapi maksudnya mendalam..antaranya...ustaz pesan jadilah actor bg skrip diri sendiri..jangan jadi skrip orang lain dan lagi teruk jangan jadi pak turut sahaja..:D...ustaz bagi contoh yang simple berdasarkan pengalamannya...walaupun ustaz bergelar ustaz tetapi ustaz bebas menjadi dirinya sendiri tak perlu mengikut senarai ciri-ciri ustaz yang lazim. Saya ingat kata-kata ustaz Mazlee..."Saya belajar dulu di sekolah kapir..hehehe..ialah bukan sekolah agama bukan sekolah arab..(semua yang dengar tergelak)...ustaz asal JB dan belajar di EC."(start fikir ..) lepas tu bergelar ustaz.

Seterusnya ustaz mengingatkan kita tentang sifat keterbukaan kita dengan orang lain. Ustaz menceritakan pengalaman sahabatnya berbangsa cina Malaysia dan yang menariknya dia memeluk agama Islam apabila ia belajar di UK dan bukan mendapatnya semasa di Malaysia.Itulah bertuahnya kita yang berkesempatan sampai di bumi UK ni...kita dapat lihat ISLAM itu milik semua dan bukan ISLAM itu milik satu bangsa sahaja.(kena fikir lagi..:D)

Seterusnya ustaz ada selit satu dua cerita-cerita orang kristian yang yang famous...ustaz pesan tak salah kita baca buku-buku mereka yang baik kita ambil...(kena fikir lagi..:D) Sebelum ustaz masuk kepada point, ustaz akan bercerita...so pendengar tak jemu-jemu dengar ustaz bercerita.Tapi dalam hati saya ni.. bilalah ustaz nak start Fiqh Kuar Negara dan apa kaitan ustaz dengan cerita-cerita ni...?Tapi saya tetap setia mendengar dan berfikir...hehehe

Tulisan cik sal sebelum ni, ustaz ada sentuh kebaikan dan kejahatan terdapat dalam satu wajah? Sebelum ustaz masuk point tu , ustaz bercerita tentang satu mural yang terkenal di Milan.

Jika sahabat-sahabat nak tahu,sepanjang ustaz berceramah ustaz telah membawa pendengar ke seluruh dunia tanpa disedari....itulah yang bestnya dan banyaknya pengalaman ustaz dan takder pun dalam mana-mana dalam buku....:D

So berbalik pada mural...nak tahu mural apa? Satu mural yang telah dilukis oleh Leonardo da Vinci yang berjudul The Last Supper. So hari ni saya sempat search kat internet mural yang dimaksudkan oleh ustaz..mas dengar terpinga-pinga dan tak boleh nak bayang mural The Last Supper. Pendek cerita semasa da Vinci ni nak lukis character-character yang disuruh oleh sorang paderi ni tak ingat nama dia...ada 2 character yang dia tak dapat nak bayang muka iaitu Jesus dan Judas. Da Vinci tak dapat nak bayang muka Jesus yang dibayangkan sehensem2 manusia,mulia dan baik, Bagi menyiapkan mural tu kenalah paderi pergi cari dan ambil masa yang lama nak cari muka orang yang memenuhi syarat tu. Akhirnya dapat jugalah dia cari seorang pemuda dan da vinci setuju ambil muka orang tu untuk dilukis sebagai Jesus. Kemudian masalah kedua da vinci cakap kat paderi dia tak boleh nak lukis gambar muka orang yang memang sejahat-jahat manusia iaitu Judas. Dan paderi tersebut pun cari dan cari orang yang muka dia sejahat-jahat manusia. Dan akhirnya dia jumpa orang yang muka dia mamang nampak jahat. Dan orang tu pun dibawa berjumpa da vinci dan da vinci setuju untuk lukis muka orang tu ...tapi bila orang tu tengok jer lukisan mural tu dia pun cakap....setahun lalu ada juga orang yang lukis muka dia tapi sebagai muka orang yang baik....
So daripada cerita ni....kita dapat tahu bahawa kebaikan dan kejahatan adalah berada dalam satu wajah. Dan sambungannya seperti yang cik sal tulis sebelum ni...

Kemudian ustaz cerita satu lagi cerita lagi....macam mana sampai point tentang kita yang control diri kita sendiri...
Nak tahu ceritanya ...nanti saya sambung part II ok.
Tunggu....:D

p/s pengalaman memang tak boleh dijual beli :D

No comments: