Showing posts with label Sama2 fikir. Show all posts
Showing posts with label Sama2 fikir. Show all posts

Tuesday, 7 April 2009

Tidur


Best ke tidur? Kenapa kita tidur? Apa yang kita dapat bila lepas bangun dr tidur?

Antara sebab2 kita tidur:
  1. Kita tidur sebab nak berehat dr penat buat kerja sepanjang hari.
  2. Sebab dah boring tak tahu nak buat apa
  3. Sebab org lain tidur...waktu malam... kang kita berjaga sorang2... takut pulak rasa.
  4. Sebab dah terbiasa mesti tidur satu hari cukup... kalau tak cukup haruslah jadi tak tentu arah keesokan hari
  5. Frust or stress or tension... so dgn tido dapat la at least kurangkan masalah...
  6. Dan banyak sebab2 lain lagi
bila di kaji, kalau kita tidur 8 jam sehari, bererti, dalam 30 hari sebulan, sebanyak 10 hari di peruntukkan utk tidur. pernah kira tak? maknanya, kalau kita hidup di dunia ni selama 60 tahun, 20 tahun drpd umur kita habis utk tidur sahaja. Ya Allah... lama tu... tidur... aje...

tapi apakah nikmat tidur yang kita inginkan kan tu tercapai? dapat rehat ke? rasanya, bila umur makin meningkat ni... walaupun dah tidur cukup, tapi masih la bila bangun tidur tu sakit2 badan dan sengal2 belakang. kalau ada yang nak hilangkan problem dgn tidur... bila kita bangun tidur... terus perkara pertama yang kita fikirkan ialah masalah tersebut... cemana nak solve n kalau lah takde problem ni... kan senang hidup kita....

ha... itu baru tidur malam... belum campur tidur kejap2 di sepanjang hari... kalau campur2 yang tidur2 kejap tu... rasa2 nya... memang habis masa kita kat dunia ni dgn tidur.

Jadi? bila masanya kita nak carik ilmu? baca buku dan sebarkan ilmu? bersilaturrahim, berdakwah, amal maaruf nahi munkar. banyak tanggungjawab kita di muka bumi Allah ni. Apa yang kita dah buat? kalau masa kita banyak di habiskan dgn tidur? Apa kita nak jawab dengan Allah di padang mahsyar nanti?

Oleh itu wahai sahabat... kurangkan lah sedikit masa tidurmu... semoga dengan sedikitnya tidur kita di dunia, akan menjadi tiket untuk kita tidur dgn aman di alam barzakh nanti.... kalau kita banyak tidur di dunia... tak tahu samada kita boleh tidur di kubur dgn lena atau tidak kerana sedikit nye amalan... nauzubillah...

imarahkan lah malam mu dgn tangisan dan basahkan lah muka mu dgn wudhuk. sesungguhnya solat qiyamullail di malam hari menguatkan rohani dan mendekatkan diri kepada Allah.

Catatan Fauziah Toha yang tgh pening sbb over slept :(

Friday, 3 October 2008

Adakah aku seekor kucing, tikus ataupun seekor singa?


If you believe that muslim are the best, then we should together act to be the best!


Saya sangat suka gambar ni... comel dan sangat memotivasikan...

Marilah2 kita semua menjadi singa2 islam...(ops ni tak bermaksud seme kene jadi garang macam singa)..tetapi menjadi peribadi yang akan mempertahan kan Islam di penjurunya.. walau apa pun penjurunya... penjuru phD ke, chemical engineering baik, electrical engineering baik mahupun geografi, kan zulfa kan? ;-)

Malahan penjuru sebagai seorang muslim di muka bumi Allah ini...jangan la kita jadi seekor tikus yang penakut...merasa dirinya lemah, koman, lower status daripada mereka2 yg dalam jahiliyyah...tiada keyakinan diri!!

Tetapi mari kita jadi cam kucing comel atas tu....dirinya kecik comel je (ye la cam kita gak la kan, tak la terer bebenor dalam agama ke dlm phd ke) tapinya mempunyai semangat kental dan berjiwa besar seperti seekor singa!

Ayuh, sama2 kita cermin-cermin kan diri kita...adakah kita nampak seekor kucing, seekor tikus ataupun seekor singa?!

Wednesday, 17 September 2008

Sama2 fikir...

Assalamualaikum wr wbt,

Just nak share apa yg di baca di pagi hari awal subuh hari ni...a good artikel to ponder upon...di ambil dari harakah daily
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=017003&Itemid=60


Kebenaran kita ambil dan terima walau dari mana pun sumbernya..
Di sini saya petik tulisan beliau :

Kemudian ketika membaca buku Meraih Ampunan Allah (terjemahan) karangan Jamilah al-Mashri (2004, Jakarta), terdapat pula cerita yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Tabrani, bahawa pada suatu hari Fatimah (r.a) memberikan sekeping roti kepada ayahnya Muhammad s.a.w. Nabi mengambil dan berkata: "Ini adalah makanan pertama yang dimakan ayahmu sejak tiga hari yang lalu."

Bayangkan Rasulullah tiga hari tak makan! Kemudian ada pula riwayat bahawa Abu Hurairah berkata, "Aku menemui Nabi s.a.w. ketika baginda sedang solat sambil duduk, lalu aku bertanya: 'Wahai Rasulullah, aku melihatmu solat dalam keadaan duduk. Apa yang menimpamu?' Baginda menjawab: 'Lapar, wahai Abu Hurairah'." (ms 230)

Dan ada beberapa peristiwa lagi dari sirah Rasulullah, yang melekat dalam fikiran saya, menyebabkan saya berfikir - alangkah berbezanya, dan jauhnya perbezaan antara corak hidup kita hari ini dengan corak hidup Rasulullah dan para sahabat di zaman itu.

Tentulah itu bukan cerita kedaifan. Nabi Muhammad mempunyai segala peluang untuk menjadi orang terkaya di zaman itu, sekiranya dia memilih untuk menjadi kaya. Dia sendiri sejak muda telah terkenal dengan bakat berniaganya, hingga tokoh korporat zaman itu, Khadijah, mengamanahkan perniagaan kepadanya.

Katanya, "Seandainya Rasul s.a.w. mau menegumpulkan harta, nescaya baginda menjadi manusia terkaya. Seperlima harta rampasan dari Perang Hunain saja sudah mencapai 8,000 ekor kambing, 4,800 unta, 8,000 auns perak serta 1,200 tawanan." (ms 138)

Mengisahkan seorang sahabat yang juga mengalami lapar, Nik Aziz di dalam bukunya mencatatkan: "Abu Hurairah r.a, berkata: Bahawa pada suatu ketika aku rebah ke tanah kerana terlalu lapar. Orang yang melihat aku tergeletak di tanah mengatakan aku terkena penyakit sawan. Sebenarnya aku tidak terkena penyakit sawan, tetapi aku rebah kerana terlalu lapar.

Tiba-tiba ada sahabat memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w. menyuruh aku pergi ke rumahnya. Menerima jemputan itu tiba-tiba tubuh aku menjadi segar, kerana lazimnya jika Rasulullah saw menjemput kami ke rumahnya bererti ada makanan yang hendak dihidangkan kepada kami." (ms 35)

"Begitulah Rasulullah s.a.w. Bukan baginda tidak mampu. Kalau baginda mahu, bukan baginda tidak mampu untuk mengadakan lantai yang beralas atau membina rumah yang besar dan mewah sekalipun. Baginda mampu mengadakan semua itu, kalaulah itu yang baginda pilih. Tetapi baginda tidak memilih yang itu."

Meneruskan pemikiran itu di hari-hari Ramadan al-mubarak, saya jadi bertambah yakin bahawa corak hidup kita sudah jauh terpesong dari landasan yang ditunjukkan Nabi. Jauh betul terpesongnya. Dan rupa-rupanya inilah yang selalu ditekankan Tok Guru Nik Aziz dalam kuliah-kuliah dan juga dalam kepimpinannya.

Tepat sekalilah beliau bertanya Ketua Audit Negara yang menegur jabatan dan agensi kerajaan Kelantan "tidak menunjukkan kemajuan ketara". Kata Nik Aziz: "Saya nak tahu apa definisi maju tu dulu. Ukuran maju ke tak maju ni dikira dari mana." Soalan itu sebenarnya untuk difikirkan oleh semua orang hari ini

.

Artikel ni menceritakan tentang kisah hidup nabi junjungan kita, yg sepatutnya kita teladani, kasihi dan contohi....

Ada dua persoalan selepas membaca artikel ni..

1) Adakah hidup kita ni mengikut landasan yg di tunjukkan oleh nabi muhammad s.a.w junjungan kita? Atau sebenarnya jauh terpesong darinya?

2) Apakah yg di takrifkan dengan kemajuan?

Dlm artikel ni membicarakan tentang betapa rasulullah s.a.w selalu sahaja berlapar kerana tiada makanan...semasa di perang khandaq, masa boikot di mekah dan juga masa2 biasa baginda di rumah...

Kita pulak? bukak puasa best2...macam2 adaaa...erm, rasa bersalah pulak...kengkadang tu sampai membazir sebab banyak lebih, kita masak sket, org tu bagi sket, org ni bg sket...so last2 basi dan kene buang....teruknya rasa!

Mari2 kita berazam makan sederhana sahaja, masak ala kadar...begitu juga dengan raya nanti, tak payah lah berlebihan sgt2... tapi ye la bagus menjamu tetamu, tapi buat diri sendiri, bersederhanalah..

------------------------------------------------------

Pasal kemajuan lak... apa agaknye respon semua pembaca kat sini... apakah ukuran kemajuan?

Sekadar renungan di pagi hari.......